KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARI 2022 – Hari Menteri Wilayah Persekutuan YB Datuk Sri Dr. Shahidan Kassim bersama dengan Timbalannya Datuk Sri Jalaluddin Alias serta warga Kementerian Wilayah turun padang bersama-sama mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan di kawasan-kawasan utama sekitar Kuala Lumpur sempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-18.
Pada tahun ini, 71,000 bendera telah dipasang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 15.530 di Putrajaya dan 18.000 di Labuan yang merangkumi kawasan-kawasan utama seperti jalan-jalan protokol, premis-premis perniagaan, pejabat bangunan kerajaan dan kawasan perumahan rakyat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan pada kali ini turut dilaksanakan di pusat membeli belah terkemuka, Suria KLCC, Pavilion KL dan Mid Valley Megamall. Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan ini melihatkan pemasangan bendera Wilayah Persekutuan di pusat-pusat membeli belah bersekali dengan dekorasi Sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini yang menambahkan lagi kemeriahan SHWP yang sememangnya menjadi kunjungan orang ramai bukan sahaja warga Wilayah Persekutuan tetapi juga dari negeri-negeri berdekatan.
Kempen dan pemasangan Bendera Wilayah Persekutuan ini khusus bagi meningkatkan kecintaan dan rasa sayang serta sense of belonging” kepada Wilayah Persekutuan dalam kalangan warganya. Penyertaan warga Wilayah Persekutuan dan semua pihak dalam menjayakan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan ini jelas dapat menonjolkan imej masyarakat Wilayah Persekutuan yang harmoni, prihatin, maju dan sejahtera.
Selari dengan Aspirasi “Our City Our Home”, seluruh warga Wilayah Persekutuan diseru untuk menzahirkan semangat “We Feeling” dengan menyertai program/aktiviti SHWP yang telah disusun oleh Kementerian dan Agensi disamping memasang serta mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan di premis masing-masing sebagai tanda cinta dan sayang kepada Wilayah Persekutuan sebagai sebuah Keluarga Malaysia.