Sejak akhir-akhir ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima banyak aduan daripada pelbagai pihak, di mana terdapatnya pengamal media, sama ada media konvensional dan juga media dalam talian serta media sosial yang sewenang-wenangnya melanggar etika dan undang-undang negara.

Dalam hal ini saya percaya semua pengamal media mempunyai keupayaan untuk membuat penilaian sendiri dan kekuatan moral untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan menjaga etika kewartawanan dalam setiap pelaporan berita yang disiarkan.

Meskipun Kerajaan amat menghormati prinsip kebebasan media, namun semua pihak mestilah mempunyai kebertanggungjawaban dalam pemberitaan dan laporan yang disiarkan.

Pelaporan yang melanggar hak orang lain atau melanggar undang-undang tidak seharusnya berlaku dan mestilah dielakkan kerana ia boleh mengakibatkan pihak media berdepan tindakan sivil atau tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code).

Sewajarnya menjadi tanggungjawab semua pengamal media untuk bersama-sama mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa, dan pada masa yang sama akan memberi keyakinan dan meningkatkan integriti pihak media itu sendiri.

TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA TPr ANNUAR HAJI MUSA
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Leave a Reply