KUALA LUMPUR – Yayasan Wilayah Persekutuan melantik terus Kontraktor bagi membaik pulih bumbung Pangsapuri Taman Melati yang terjejas akibat Hujan Lebat dan Ribut baru-baru ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun, ia bertujuan untuk mengelak dari mana-mana pihak mengambil kesempatan meraih keuntungan maksimum dan memastikan kosnya terkawal.
“YWP telah menyediakan sejumlah peruntukan untuk menggantikan bumbung yang rosak akibat ribut dan juga untuk bantuan lain kepada keluarga mangsa yang terlibat.
“Proses melantik kontraktor tidak tunggu lama. Ini adalah bencana. Kita akan pastikan lantikan terus dibuat kepada kontraktor yang menepati segala kriteria.
“Kita nak pastikan kosnya (harga) baik pulih bumbung terkawal tanpa ada yang akan ambil kesempatan atas kejadian ini,” katanya ketika sidang media disini hari ini.
Dalam pada itu, bagi mengelakkan insiden ini berulang kembali, Zaizalnizam akan memastikan semua kekuda bumbung pangsapuri yang terjejas digantikan dengan besi, bukan lagi kayu seperti sebelum ini supaya ianya lebih kuat dan kukuh.
InshaaAllah, esok kita akan terima secara berperingkat atap bumbung yang ditempah untuk dipasang selepas kekuda nya dipasang kukuh.
“Proses ini mengambil masa 3 minggu sehingga penghujung Februari ini kerana keadaan cuaca yang tidak menentu selain dari cuti Tahun Baharu Cina yang disambut baru-baru ini,” katanya lagi.