BATANG BERJUNTAI, 20 Mar 2022 – Hari ini Syarikat SP Care menyerahkan sebanyak 450 beg sekolah serta peralatan seperti alat tulis, buku kepada anak-anak B40 yang akan memulakan sesi persekolahan secara fizikal di Apartment Teratai Taman Bunga Raya Bukit Beruntung, Selangor.

Menurut Pengasas SP Care Dr Sathia Prakash Nadarajan, pihak SP Care telahpun melakukan sumbangan ‘Back To School’ ini dibeberapa lokasi lain sekitar Hulu Selangor.

Program hari ini juga tidak meminggirkan golongan asnaf seramai 339 orang dimana jumlah keseluruhan yang menerima bantuan beg sekolah ini seramai 450 orang.

Menurut Dr.Prakash juga, pendidikan sememangnya penting bagi mencorakkan kehidupan generasi ini kepada masa depan yang lebih baik.

“Saya juga seperti anda semua, ayah saya seorang posmen. Nikmat mendapat beg sekolah yang baharu hanya dapat dirasai 3 tahun sekali sahaja. Anda jauh lebih beruntung namun perlu menggunakan manfaat ini sebaik mungkin,” katanya ketika program ‘Back To School’ sebentar tadi.

Program CSR SP Care ini sebenarnya sudahpun dimanfaatkan sebanyak lebih daripada 1000 murid-murid sekolah sekitar Hulu Selangor ini.

Semoga inisiatif seperti akan diteruskan lagi demi memastikan lebih ramai golongan asnaf atau yang kurang berkemampuan mendapat manfaat daripadanya.

#BackToSchoolSPCare #KitaBantuSelagiYangBoleh #SPCarePrihatin

Leave a Reply