SHAH ALAM, 21 Mac 2022 – Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi bersetuju dengan pengumuman YAB Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob bahawa perlaksanaan gaji minimum perlu dilakukan tapi dengan syarat kecualikan Usahawan-Usahawan Mikro yang mengambil pekerja dibayar gaji minimum RM1,500 mulai 1 Mei ini.
“Usahawan mikro yang pendapatannya dibawah RM300,000 mempunyai pekerja kurang dari 5 orang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 2 tahun lalu dan banjir yang berlaku baru-baru ini.
“KUSKOP memohon kerajaan dapat menimbangkan perlaksanaan gaji minimum pada 1 Mei ini dikecualikan dikalangan Usahawan-Usahawan Mikro kerana mereka berniaga kecil-kecilan tidak mampu untuk membayar gaji pekerja RM1,500. Jadi, KUSKOP memohon jasa baik Kementerian Sumber Manusia untuk berbincang semula bagi mencari jalan mengecualikan dahulu usahawan mikro perlaksanaan gaji minimum RM1,500
“Walaubagaimanapun, jika ada usahawan mikro yang mampu membayar gaji minimum RM1,500 itu amatlah digalakkan, katanya selepas merasmikan program Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia disini hari ini.