MYPW mengambil kesempatan ini ingin mengumumkan penangguhan peserta dari Sabah dan Sarawak ke Everest pada tahun ini. Ini disebabkan MYPW mengalami kekurangan dana. Dan pihak MYPW juga telah mendapat wakil dari Kuala Lumpur untuk mengikuti misi pendakian ke Gunung Everest kali ini.
Walaubagaimanapun, En Ravichandran yang kini sudah berada di Everest Base Camp dan dijangka akan meneruskan perjalanan beliau pada penghujung April ini akan ke Camp 1, Camp 2 sehinggalah sampai ke Puncak Everest.
Beliau juga membawa bersama air minuman rasmi pendaki negara iaitu “Air Minuman MYPW” yang penuh beroksigen dan terbukti banyak membantu beliau kekal bertenaga dan berkhasiat. Beliau akan mencipta record pendakian Everest tanpa menggunakan Tangki Oksigen, katanya ketika Sidang Media petang tadi.
MYPW juga turut berbesar hati berbuka puasa bersama-sama dengan para tetamu yang berada pada hari ini selepas Sessi Sidang Media.
Semoga Pendaki Everest kita sampai ke Puncak Everest kali ini dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang serta membawa bersama MYPW ke kemuncak dunia.