CHERAS, 28hb April 2022 : Yayasan PRIHATIN Nasional bersama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini mengagihkan sebanyak 40,000 ekor Ayam Segar kepada 20,000 Asnaf seluruh Kuala Lumpur dimana setiap Asnaf itu datangnya daripada 20 Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Wilayah Persekutuan ini yang menerima 2 ekor Ayam Segar bernilai RM37.50 dengan nilai keseluruhannya bernilai hampir RM800,000.

Menurut Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, “Pemberian sumbangan pada hari ini menunjukkan keprihatinan, Amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada MAIWP telah pun dilaksanakan melalui PRIHATIN dengan pengurusan dan penganjuran program Kembara Ramadan Prihatin yang memperlihatkan banyak golongan asnaf di Wilayah Persekutuan dibantu dan disantuni apabila mereka menerima sumbangan baju raya, ayam segar, dan sumbangan tunai yang boleh meringankan beban mereka terutamanya menjelang Aidilfitri nanti.

Terdahulu, Majlis penyerahan Sumbangan Baju Melayu, Baju Kurung Raya, Prihatin, Sumbangan Tunai Prihatin kepada penunggang E-hailing dan P-Hailing serta beberapa NGO seperti Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GerakWanis), Pertubuhan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA) dan penerima daripada Rumah Titian Kaseh di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras Kuala Lumpur oleh Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.

Kembara Ramadan PRIHATIN ini merupakan salah satu program hasil inisiatif yang dianjurkan oleh PRIHATIN dalam usaha menjalankan aktiviti sekitar bulan ramadan dengan cara menyantuni golongan B40 dan Asnaf serta golongan yang kurang bernasib baik. Antara golongan yang terlibat adalah anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, anak-anak sindrom down, golongan gelandangan, pelajar institusi pengajian tinggi dan petugas barisan hadapan melalui pelaksanaan program seperti program Berbuka Puasa, Tarawih, Qiamulail dan Sahur, Pengagihan Bubur Lambuk, Sumbangan Baju Raya PRIHATIN dan Penyerahan Sumbangan Zakat Prihatin.

PRIHATIN melihat hasil hubungan strategik ini mampu diperkasa melalui program-program yang akan dilaksanakan melalui kerjasama bersama agensi kerajaan mahupun badan pertubuhan bukan kerajaan. Dengan kolaborasi strategik bersama MAIWP ini, PRIHATIN menyasarkan lebih banyak program yang boleh dilaksanakan dengan MAIWP dalam masa sama boleh membantu dan meringankan beban warga asnaf di Wilayah Persekutuan.

Turut hadir program ini ialah Datuk Mohd Ajib Bin Ismail (Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), Encik Mohd Nizam Bin Hj. Yahya (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP), Datuk Abdul Malik Abdullah (Penasihat Ekonomi dan Antarabangsa PRIHATIN), Encik Mahadi Bin Sukarno (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP) dan Encik Ahmad Talmizi Bin Yahaya (Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP).

Leave a Reply