Oleh : Tun Puteh Wanti

KAMPUNG BATU : Ahli Parlimen Batu, P. Prakbakaran menegaskan beliau dan mantan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang naik sama-sama dan tiada isu Tian Chang naikkan dia.

Prakbakaran bertembung dengan Tian Chang dalam pemilihan Ketua Cabang PKR di Parlimen Batu.

“Jika masa itu saya tiada, saya rasa BN mungkin menang.

“Orang kata dia naikkan saya itu salah, yang saya lawan dengan dia dalam pemilihan itu demokrasi. Kalau saya kalah saya tetap beri kerjasama.

“Jika saya menang, saya akan hidupkan balik fungsi ranting (cawangan) bagi memperbanyakkan program untuk membantu masyarakat.

“Selepas langkah Sheraton, kita belajar untuk berhati-hati dan memilih wakil yang setia dengan parti sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penyerahan Ihya Ramadan 1443H kepada lapan masjid dan 75 surau di Parlimen Batu di Masjid Abu Hurairah Batu 5, Jalan Ipoh Kuala Lumpur.

Sebanyak RM190,000 peruntukkan diagihkan kepada masjid iaitu RM5,000 setiap satu dan surau iaitu RM2,000 setiap satu.

Prakbakaran ketika ditanya mengenai ura-ura PH bergabung dengan PN bagi persediaan PRU ke-15, katanya ia bergantung kepada kehendak akar umbi.

“Saya ada jawapan sendiri tapi awak tanyalah mereka perlukah gabungan seperti ini?,” katanya.

Leave a Reply