Tahun 2022 bakal berakhir, dan Tahun Baru 2023 akan bermula dengan penuh harapan dan peluang.

Namun, tahun 2023 boleh dijangka akan menjadi tahun yang lebih mencabar. Sebelum ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah memberitahu bahawa ekonomi Malaysia dijangka mula menyederhana berikutan kesan ketidakstabilan ekonomi global dalam beberapa bulan ke hadapan pada 2023.

Oleh itu, ekonomi Malaysia yang semakin pulih amat memerlukan tadbir urus ekonomi yang berkesan bagi mengatasi kesukaran ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Pakatan Harapan (PH) telah menawarkan 10 tawaran utama kepada rakyat untuk membangunkan semula Malaysia, termasuk kepincangan dasar dan ketirisan pentadbiran, kemelut kesihatan, ekonomi, kos sara hidup, peluang pekerjaan, jaminan makanan, dan pendidikan.

Kini PH telah mengambil alih Putrajaya. Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunaikan janji pilihan raya pada tahun baru, terutamanya ekonomi dan kos sara hidup perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Selain itu, daerah dilanda banjir masih mengalami banjir yang teruk, jadi kita mesti mempunyai semangat perpaduan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.

Bukan itu sahaja, Kerajaan juga harus memberi perhatian dengan isu perlindungan alam sekitar dan mewujudkan dasar serta mekanisme pengurusan bencana negara yang lebih berkesan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia terhadap pencegahan bencana.

Walaupun wabak Covid-19 di Malaysia telah memasuki fasa peralihan endemik, tetapi masih mempunyai cabaran dalam memerangi wabak tersebut. Peningkatan rekod kes di China yang akan membuka semula sempadannya pada 8 Januari 2023.

Pada masa itu, Malaysia akan menghadapi cabaran yang baru, jadi Kerajaan perlu pantau perkembangan dalam situasi penularan wabak dan membuat pelarasan dengan segera.

Akhirnya, saya mewakili seluruh keahlian Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Baru 2023 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga negara kita aman makmur dan harmoni.

Leave a Reply