KUALA LUMPUR, 30 Disember 2022 – Seorang Anak Muda bernama Emman Azman yang baru berusia 21 muncul Juara bagi perlawanan gusti di Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth, Australia.
Kata Emman lagi, dia mahu terus berlawan gusti ini dan akan pergi lebih jauh lagi di peringkat antarabangsa.
Pemuda berusia 21 tahun yang menggunakan nama ‘Emman the Kid’ ini ingin menjadi satu contoh & harapan anak muda tempatan yang ada impian untuk menjadi seorang Ahli Gusti yang berjaya.
Emman yang tiba dari Australia pada jam 2.55 petang disambut oleh Pengarah My Pro Wrestling (MYPW), Datin Maria Abdullah di balai ketibaan KLIA.
Kejohanan yang diadakan 26 November lalu telah menunjukkan Emman menewaskan 2 ahli gusti, iaitu Mick Moretti & Adam Brooks.
Emman turut menambah, mengenai masa depannya pula, Emman mahu menjadi seorang ahli gusti terbaik dunia dan professional serta akan membawa nama negara ke persada antarabangsa.
#MYPW #gusti #wrestling #wrestlingnews #aatvnews