KUALA LUMPUR, 9 Januari 2023 – Kenyataan Ketua Hakim Negara bahawa terdapat kumpulan atau golongan yang cuba menakut-nakutkan badan kehakiman berdasarkan kes politik yang pernah dibicaraman adalah sangat tidak wajar.
Menurut Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, badan kehakiman adalah satu badan yang menjulang kedaulatan undang-undang dan segala yang di putus atau hukuman yang dijatuhkan pastinya berdasarkan fakta dan pembuktian yang telah diteliti.
“Hakim-Hakim yang ditugaskan itu dari kalangan yang arif dalam bidang perundangan itu tidak perlu berasa bimbang dan takut dengan sebarang ugutan atau apa jua cubaan untuk menakut-nakutkan para hakim oleh kerana rakyat majoritinya bersama para hakim.
“PUTRA sedia bertempur dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat badan kehakiman lebih-lebih lagi yang bermotifkan politik, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Nasrul lagi, “golongan ini boleh diumpamakan sebagai perosak kebebasan badan kehakiman dan mempunyai nilai moral yang rendah kerana membuat tekanan lebih kepada kepentingan golongan mereka dan tidak mengendahkan kepentingan awam”.
Oleh itu, Wira PUTRA mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana individu atau kumpulan yang cuba menakut-nakutkan atau cuba menggugat badan kehakiman.
Justeru, Wira PUTRA tetap berdiri teguh dan mempertahankan kebebasan badan kehakiman kerana Badan Kehakiman adalah salah satu dari cabang institusi sistem Raja Berperlembagaan.
PUTRA ini kecil-kecil cili padi atau umpama kala jengking, walau kecil tetapi sentiasa berwaspada dengan apa saja kemungkinan.