KUALA LUMPUR, 8 Januari 2023 – Ketua Penerangan PUTRA Malaysia, Shahrulufti Sharif mempersoalkan pihak Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang tidak meletakkan pegawai atau mana-mana kakitangan MOTAC yang fasih berbahasa Mandarin di semua tempat di seluruh Malaysia bagi melindungi kepentingan dan kesihatan Rakyat Malaysia berbanding lebih mengutamakan Rakyat Negara China.

Shahrulufti turut juga persoalkan mengenai satu detik perjalanan apabila Malaysia akan menjadi Wilayah China (Province of China) atau “Vessels of China” dan bukan lagi negara berdaulat seperti yang termaktub dalam Asas Perlembagaan Negara khususnya fasal 151 dan 152, Kedaulatan Bahasa Kebangsaan dimana segala urusan rasmi negara hendaklah menggunakan bahasa Kebangsaan.

Shahrulufti berkata, negara china hendaklah turut sama menyediakan pegawai yang fasih berbahasa Melayu di Lapangan Terbang seperti di Beijing, Shanghai atau Guangzhou bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia di China.

Tambah Shahrulufti, orang melayu hendaklah sedah bahawa ada sesetengah pihak yang sengaja mahu pinggirkan Perlembagaan demi kepentingan atau keuntungan politik serta mahu mendapatkan sokongan dari kaum Bukan Melayu.

Antara ciri-ciri mereka ialah bahasa dan ayat yg mereka guna dlm pidato- pidato seperti ini:

:- “Ini negera bukan Melayu sahaja yang punya. Cina, India, Kadazan, Iban, juga ada hak yg sama.

:- “Kita harus sedar Malaysia ialah Negara majmuk pelbagai kaum, budaya dan agama, jangan kita fikir kebajikan org Melayu sahaja”.

:- “Kerajaan tidak wajar beri perhatian kepada taraf ekonomi orangg Melayu sahaja, terdapat juga kaum lain yg miskin”.

:- “Orang Melayu wajar keluar dari sikap kepompong perkauman sempit dan perlu terima perbezaan yg wujud”.

:- “Bangsa Malaysia ialah masa depan kita, org Melayu wajar belajar bahasa – bahasa kaum lain, kita tidak boleh paksa mereka sahaja yang berlajar bahasa Melayu”

:- “Kerajaan perlu menarik lebih ramai Bukan Melayu menyertai perkhidmatan awam khasnya Polis dan Askar”

:- “Agensi – agensi kerajaan perlu sensitif terhadap kehendak rakyat Bukan Melayu, jangan fikir mereka bekerja utk org Melayu saja”

“Sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Malaysia adalah sistem Demokrasi Berparlimen dan Sistem Raja Berperlembagaan.

Ia mestilah difahami dengan sistem sedia ada dan mematuhi segala asas dalam Perlembagaan Negara, bukannya demi kepentingan Politik semata mata.

“Malaysia adalah Negara di bawah naungan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negara dan Negeri. Keuntungan ekonomi atau wang ringgit bukanlah segala galanya, katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Kerajaan seharusnya dengan tegas menghalang usaha meletakkan pegawai atau kakitangan yang fasih bahasa mandarin apabila pelancong tiba dari China ini bagi mengelakkan Malaysia ini seolah menjadi sebahagian dari Wilayah Cina atau Vessel of China.

Orang Melayu yang kurang fasih berbahasa Inggeris ini biasanya tidak akan sesat apabila pergi melancong ke negara-negara seperti Amerika, Eropah atau Timur Tengah.

Justeru, Malaysia adalah Negara Persekutuan Tanah Melayu yg ada Perlembagaan dan Sebuah Negara Berdaulat.

Leave a Reply