oleh Tun Puteh Wanti
KUALA LUMPUR : Syarikat pengeluar susu milik bumiputera, Hybrid Allied Dairy Company Sdn Bhd (HADC) yang memiliki jenama Summerfield berjaya melatih 479 usahawan kuasai pasaran , kedai runcit luar bandar dan sub bandar.
Pengarah Urusan Summerfield, Amin Shukor, kuasa pembelian pasaran kelas kedua dan ketiga seperti di kedai-kedai runcit ini amat luas, boleh kata 100 peratus berbanding pasaraya besar.
“Usahawan ini dibantu dibawah unit baharu iaitu Jabatan Pembangunan Usahawan Summerfield, kebanyakkannya bermula ketika fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Mereka terdiri daripada yang terjejas akibat PKP, hilang kerja, tak tahu hendak buat apa.
“Pembangunan Usahawan Summerfiled ini latih, ajar, bagi pengetahuan bagaimana nak urus FB, produk, stok dan lain-lain. Uniknya jualan Summerfield meningkat sepanjang tempoh ini, (sebab semua berada di rumah jadi ulangan pembelian wujud,” ), namun kini PKP sudah tamat,” katanya ketika di temui ketika Majlis Terbuka Aidilfitri Summerfield di Rawang pada Sabtu lalu.
Turut memeriahkan suasana Aidilfitri, Pemilik HADC, Dato’ Johannis Al-Arif Ibrahim yang sudi membawa para hadirin melihat sendiri mesin-mesin pembuatan susu UHT di kilangnya.
Beliau turut menerangkan kos masin memprocess yang mahal sehingga mencecah RM10 juta antara punca tidak ramai pengusaha tempatan mampu menghasilkan sendiri susu UHT.
HADC juga mengambil langkah baharu mengeluarkan UHT dalam bentuk penyimpanan kotak kertas.
Berbalik kepada Amin, beliau berkongsi kisah salah seorang usahawannya yang tiada pengalaman berniaga, tidak tahu hendak jual macam mana pun tetapi dibawah Usahawan Summerfield selepas setahun lebih dia sudah ada empat staf, ada tempat penyimpanan dan pendapatannya antara RM30,000 hingga RM50,000
“Buat masa ini pendapatan keseluruhan termasuk rangkaian produk Summerfield yang lain seperti keju, mentega, UHT adalah mencecah RM2 juta sebulan.
“15 peratus adalah sumbangan daripada Usahawan Summerfield,” katanya.
Dibawah jenama Summerfield terdapat 37 produk termasuk lima produk UHT, ia adalah keluaran Malaysia 100 peratus halal. -MV