Presiden UMNO Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa terharu melihat para perwakilan yang hadir sesi Taklimat Presiden UMNO petang ini di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022.
Menurut Ahmad Zahid, ruang ini seluasnya digunakan bagi meluahkan rasa, menzahirkan cerita dan menelusuri cabaran-cabaran yang beliau hadapi sepanjang menakhodai bahtera UMNO ini.
“Biarlah hari ini, di dalam dewan keramat ini, kita bersama-sama membina semula gerakan parti kita. Perubahan serta pembaharuan yang akan dilaksanakan, kita bincangkan secara berjemaah, kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan di Facebook beliau
Tambah Ahmad Zahid, “Dengan semangat musyawarah, saya yakin kita mampu bangkit dari rebah. Dengan keikhlasan, kita mampu mencipta kejayaan. Dengan doa kepada Allah, mudah-mudahan kita semua beroleh rahmah.