Oleh Tun Puteh Wanti
AMPANG : Bekalan makanan banyak tetapi ada pihak dengan agenda tertentu menyorokkan bekalan makanan bagi menimbulkan kebimbangan awam.
Hari ini kecoh apabila ada ura-ura mengatakan bekalan ayam habis di pasar Chow Kit dan Selayang.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, itu semua dakyah menakutkan-nakutkan rakyat.
“Seolah ada sindiket sengaja burukkan kerajaan, ambi kesempatan, menakutkn rakyat sebenarnya perkara ini tidak benar.
“Saya terkejut kerana taklimat kabinet semalam, Malaysia sebenarnya tidak ada isu kekurangan ayam, bekalan kita ‘more than demand.
“Kalau tiap-tiap bulan rakyat memerlukan 54 juta metrik tan ayam, kita mampu keluarkan 60 juta.
“Bekalan itu cukup untuk negara kita sebenarnya, tetapi mungkin dalam pasaran ada yang manipulasi, menunjukkan kita tidak cukup ayam, naik harga, itu semua perkara mengecewakan.
“Saya ada menerima aduan tindakan menyorok bekalan minyak masak bersubsidi pek polibeg sekilogram (kg) dan ayam, ada pihak sedang ambil kesempatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Ampang, di sini semalam.
Tambah beliau langkah pendek berkenaan, setiap tahun kita eksport enam peratus ayam kepada Singapura.
“Kita hentikan sebulan ini untuk pastikan cukup bekalan ayam.
Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan semalam, dalam usaha mengatasi isu kekurangan bekalan bahan makanan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri menegaskan, tindakan terbabit diputuskan mesyuarat Kabinet hari ini yang akan berkuat kuasa hingga harga dan pengeluaran ayam tempatan, kembali stabil dengan memberi keutamaan untuk memenuhi keperluan rakyat negara ini. – MV