SERENDAH – Hari ini Cabang Hulu Selangor diberi mandat oleh ahli-ahli parti nya yang memilih Dr Sathia Prakash Nadarajan sebagai Ketua Cabang PKR Hulu Selangor yang pemilihan parti PKR telah pun berakhir semalam.

Dr Sathia menang dengan undi bergaya iaitu sebanyak 1,903 undi. Ini menandakan perubahan bakal bermula sebaik sahaja Dr Sathia Prakash kini telah pun memegang jawatan sebagai Ketua Cabang.

Dr Sathia selepas ini akan terus menunaikan segala yang dirancangnya buat seluruh rakyat di kawasan Hulu Selangor.

Dr Sathia perlu membuktikan kepada seluruh ahli PKR bahawa beliau sememangnya layak untuk menggalas tanggungjawab dan Amanah sebagai Ketua Cabang bagi tempoh 3 tahun yang akan datang ini.

Dalam pada itu, keputusan pemilihan PKR Cabang Hulu Selangor ini juga turut menyenaraikan barisan dari kem Dr Sathia yang memenangi pemilihan itu.

Leave a Reply