SETIAWANGSA – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berharap pucuk pimpinan UMNO bertanding di Parlimen Setiawangsa pada Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) nanti dan seterusnya dapat memenangi semula Setiawangsa yang kini ditawan PKR.
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk tentukan siapakah yang akan bertanding nanti.
“Kalau bukan saya sekali pun, orang lain dalam BN juga akan dipilih dan kita akan sokong.
“Kita di Setiawangsa tuntut UMNO bertanding tidak kira siapa lawan, berapa penjuru, kita akan berkempen demi memastikan BN kembali tawan Setiawangsa, katanya ketika Sambutan Aidilfitri peringkat Parlimen Setiawangsa disini.
Menurut Presiden Persatuan Komuniti Prihatin Setiawangsa (MySetiawangsa), mana-mana parti sebenarnya tidak akan mendedahkan strategi parti untuk menawan semula kawasan. Cuma mengingatkan kepada semua agar bangkit semula dari kejatuhan di PRU14 lalu.
“Kita sentiasa menyantuni rakyat, apa perlu kita lakukan, kita akan terus lakukan supaya Rakyat akan pilih BN pada PRU ke 15 nanti, katanya.
Tambahnya lagi, Setiawangsa sudah pun menambah lagi kira-kira 10,00 orang daripada 30,000 orang namun akan fokus kepada keseluruhan masyarakat di Setiawangsa bukan sahaja tertumpu pada golongan muda.
“Kita kalau hendak bercakap sekalipun kenalah tunjukkan bukti seperti video dan sebagainya untuk membuktikan kita ni dapat sokongan. Jangan hanya syok sendiri sahaja, katanya.