BUKIT JALIL – Siapa sangka seorang remaja yang baharu sahaja berumur 15 tahun mampu peroleh pendapatan RM 1,000 seminggu sebagai Usahawan Digital menerusi platform Big Boys Coin (BBC).
Menurut Puteri Izz Qashrina Abqary Megat Khairil Adzhar, 15, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali pertama pada tahun 2021, dia sertai Pelaburan ini kerana ianya diwujudkan pada 2020 oleh Akademi BBC demi memastikan Rakyat mampu menjana pendapatan ketika sedang berkurung di Rumah.
“Semasa PKP lalu, semua orang sedang berkurung dan Ayah saya yang cadangkan untuk saya belajar berdagang Aset Digital BBC untuk mendapatkan pendapatan.
“Saya tidak perlu membuang masa di luar kerana setiap hari hanya perlu belajar di Akademi Big Boys. Pendapatan yang saya perolehi itu juga sedikit sebanyak dapat membantu Keluarga,” katanya ketika menghadiri Majlis ulangtahun ke 2 Al Ebreiz Global Capital Berhad (AGCB) di Teknologi Park Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sambutan ulangtahun ini diadakan untuk menghargai 500 pelanggan setia Al Ebreiz yang melanggan Emas digital Aladeen Gold. Ia dirasmikan oleh Pengerusi Al Ebreiz, Dato Ku Jaa’fr Ku Shaa’ri.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Al Ebreiz, Mohd Norazam Dato Muhammad, Pengasas Agenda Rakyat Malaysia, Dato Dr Mohd Ramalan Yunos, Pengasas Akademi Big Boys, Rizwan Dato Dr Mohd Ramalan serta beberapa kenamaan lain.
Dr Mohd Ramalan berkata, aktiviti ini sangat bagus dalam mempromosikan matawang Emas dan Perak.
“Aktiviti ini perlu disokong kerana ia adalah satu sistem Kewangan Islam sebenar yang menyaksikan matawang berasaskan Emas dan Perak ini lebih Selamat dan terjamin.