SHAH ALAM 12 Jun 2022 – Kelab Bola Sepak dari Acheh iaitu Eko Indra Jaya Football Club (FC) yang mempunyai kekuatan dan keistimewaan bakal menempah nama di persada sukan Malaysia.
Kekuatan kelab ini ialah mempunyai pasukan yang mantap walaupun kelab ini baharu sahaja ditubuhkan sejak setahun yang lalu dan telah mendapat satu pencapaian yang dibanggakan Kelab ini.

Menurut Pengusaha Asal Acheh di Malaysia, Hj Man, Kelab ini ditubuhkan bersama Tgku Haikal sebagai Pengarah, Tgku Jai sebagai wakil Presiden serta Tgku Raji.

Turut hadir ke acara perlawanan bola sepak ialah Ahli Parlimen Aceh, Pak Asrizal yang turut sama memberikan sokongan kepada pasukan ini.

Tambah Ketua Eko Indra Jaya FC, Haji Man, beliau rasa bangga dan terharu dengan pencapaian kelab ini walaupun baru sahaja ditubuhkan sudah berada di tempat ketiga dalam perlawanan Liga Shah Alam. Ianya sebagai satu pencapaian yang baik.

Justeru, kelab ini dianggotai oleh pemain di kalangan peniaga Aceh dan warga Melayu berketurunan Aceh serta beberapa pemain import dari Nigeria dan Arab.

“Terima Kasih kepada semua pemain yang telah berganding bahu memberikan komitmen dalam perlawanan ini yang memberikan pencapaian bagi tahun pertama penubuhan kelab ini walaupun mendapat tempat ketiga.

Selain itu, Bagi Ketua Pasukan Muhd Shamsudin Bin Mohd Jamaludin, pemain-pemain diberikan tunjuk ajar, latihan dan teknik yang sistematik dalam mencungkil bakat setiap pemain kelab ini supaya mereka bermain dan menang dalam setiap perlawanan yang mereka sertai.

“EIJFC ini juga ada mengambil beberapa pemain import dari Nigeria, Arab yang berpengalaman dan pernah bermain di Liga Sepanyol serta Liga Selangor.

EIJFC ini ditubuhkan bagi merapatkan lagi silaturrahim antara satu sama lain selain berharap ianya dapat memberikan kebaikan kepada masyarakat Aceh yang berada di Malaysia.

Leave a Reply