KUALA LUMPUR – Tiada ibu yang sanggup melihat anak-anak nya melalui perjalanan hidup seperti ini. Luah Bekas Isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin Kamal yang sebak ketika sessi Sidang Media ‘Keadilan Untuk Emilia’ secara video ‘conference’ yang dilakukan Peguam Siti Kasim di pejabatnya hari ini.
Hadir sama, Peguam mewakili Emilia, Nizam Bashir serta wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Sisters in Islam.
Emilia, seorang ibu tunggal terpaksa berpisah dengan anak-anak dan menyerah diri pada 27 Jun 2022 ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur setelah dijatuhkan Hukuman 7 hari oleh Mahkamah atas ingkar keputusan mahkamah dengan mengubah tarikh lawatan antara Bekas Suami bersama anak-anaknya.
Terdahulu, Emilia sebelum ini telah pun dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 selepas memfailkan permohonan semakan kehakiman mencabar bidang kuasa mahkamah.
Namun, rayuan yang dilakukan tidak memihak kepadanya dan pada masa sama menghadiri kes pendakwaan ‘domestic violence’ atau pukul dan cedera dilakukan bekas suami di Mahkamah Civil pada 2016 lalu.
Sekiranya Emilia tidak hadir untuk kes itu, maka ia berkemungkinan akan menjejaskan lagi kes itu.
Jadi, Emilia akhirnya memutuskan untuk menyerah diri pada isnin ini bagi mengelakkan dirinya ke tirai besi.
Emilia turut juga berpesan kepada anak-anaknya agar tabah dengan apa yang berlaku.