KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Sri Jamal Yunos mengingatkan kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed untuk tidak mengkritik Perdana Menteri YAB Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob secara terbuka dan perlu fokus dalam memperkukuhkan perpaduan di kalangan pucuk pimpinan UMNO.

“Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini sedang pikul beban akibat kegagalan 22 Bulan kerajaan Pakatan Harapan, jadi janganlah kita keruhkan lagi keadaan dan merendahkan peranan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, disini hari ini.

“Nur Jazlan sepatutnya bersyukur kerana kerajaan yang mentadbir negara pada hari ini adalah dari Perdana Menteri Umno.

“Perlu diingatkan bahawa kerajaan harini adalah kerajaan sementara yang diambil alih daripada kegagalan kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan.

Beliau mengulas kenyataan Nur Jazlan pada Rabu lalu mengenai kelewatan Perdana Menteri yang membuat keputusan mengenai kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet dan juga melabelkan Perdana Menteri seorang yang lemah.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin selasa lalu berhasrat mahu berjumpa Perdana Menteri bagi membincangkan segera kedudukan Zuraida kerana dipercayai BERSATU sudah pun mempunyai calon yang sesuai untuk menggantikan Zuraida.

Manakala pada 19 Jun lepas, Zuraida ada berjumpa Perdana Menteri untuk terus membenarkan terus memegang jawatan itu bagi menyelesaikan beberapa program yang telah pun dimulakannya.

Leave a Reply