editor@aatvnews.com

KAJANG – Jentera UMNO Hulu Langat bersikap proaktif menyalurkan bantuan awal termasuk 300 pek makanan kepada kira-kira mangsa terkesan banjir di Semenyih, baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Wira Johan Abd Aziz tindakan awal mereka sekurang-kurangnya memberi kelegaan kepada mangsa sebelum menerima bantuan susulan.

“Syabas tahniah diucapkan kepada semua jentera UMNO yang telah bertindak dengan pantas di dalam memberi bantuan awal di beberapa lokasi di Semenyih termasuk dengan edaran makanan sebanyak 300 bungkus kepada mangsa banjir,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih itu ketika dihubungi berkata, kira-kira 300 mangsa membabitkan 100 rumah sekitar Kampung Batu 3; Batu 5; Kampung Sentosa; Kampung Rinching dan Kampung Sungai Kembong Ulu dilanda musibah pada petang Rabu, 5 Julai lalu.

Beliau turut mendoakan mangsa yang terkesan dengan bencana itu tabah menghadapi ujian yang melanda.