PUTRAJAYA, 7 Julai 2022 – Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique menyerahkan geran bantuan kewangan kepada kira-kira 92 Wakil Persatuan Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) dengan kos keseluruhan sebanyak RM5,395,000.00 pada satu majlis yang berlangsung di Bangunan F8, Presint 1, Putrajaya semalam (6 Julai).

Penyampaian ini merupakan sebahagian daripada peruntukkan Geran Bantuan Kewangan RISI sebanyak RM50 juta yang diberikan oleh pihak kerajaan bagi tahun 2022 ini.

Geran khas ini diperuntukkan sebagai usaha berterusan pihak kerajaan bagi membantu pihak pengurusan membaiki dan menyelenggara rumah ibadat supaya tempat ibadat itu berada dalam keadaan yang selamat dan selesa.

Keperluan utama dalam agihan peruntukkan ini adalah bagi tujuan pembaikan, penyelenggaraan dan kecemasan yang merangkumi 3 skop utama iaitu kerja-kerja sivil, elektrik dan mekanikal.

Justeru, YB Halimah berharap agar geran bantuan kewangan yang diagihkan ini dapat membantu pihak pengurusan rumah ibadat berkenaan untuk sentiasa mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi memberi lebih keselesaan kepada penganut yang datang.

Leave a Reply