editor@aatvnews.com

Yb Fahmi Fadzil ketika ditemubual media di Kuala Lumpur hari ini

KUALA LUMPUR, 5 November 2023 – Menteri Komunikasi & Digital, Yb Fahmi Fadzil menegaskan PKR bukan ahli dalam Liberal International.

Menurut Yb Fahmi Fadzil yang juga Ketua Penerangan PKR, ia adalah satu tuduhan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengaitkan PKR dengan Liberal International dengan niat yang jahat.

Yb Fahmi Fadzil hari ini juga dimaklumkan bahawa pihak Liberal International telah pun menurunkan logo PKR dari laman sesawang mereka, dan mereka juga mengambil maklum dan menegaskan PKR bukan ahli Liberal International.

“Saya akan minta kawan-kawan terutama para peguam untuk mengambil kira tohmahan, fitnah jahat yang dibuat beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengaitkan Keadilan (PKR) dengan Liberal International dengan niat jahat

“Kita akan teliti sekiranya ada keperluan, tindakan undang-undang akan diambil, kata Fahmi Fadzil ketika ditemubual media di sini.

YB Fahmi Fadzil mengingatkan kepada semua rakyat agar tidak terus menyebarkan tohmahan fitnah yang cuba mengaitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Liberal International.

“Kepada semua harap hentikan tohmahan, saya tahu berdasarkan maklum balas pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) didapati ada lebih 200 ‘”content’ yang berkait dengan Liberal International yang cuba menyerang Parti Keadilan Rakyat, Perdana Menteri, saya sendiri.

“Jadi, memang ada ‘coordinated behaviour’ dan ini adalah serangan politik dan penting saya jelaskan Keadilan bukan ahli Liberal International.

“Hentikan tohmahan dan fitnah yang cuba dilempar, tegas YB Fahmi Fadzil.

#fahmifadzil #PKR #PartiKeadilanRakyat #liberalinternational #KKD #SKMM #MCMC #hentikantohmahan #hentikanfitnah #aatvnews #informasiurban #isulogodalamwebLiberalInternational

Leave a Reply