Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (pindaan) (No. 3) 2022 dan larangan Ahli Parlimen bertukar parti yang dicadang dan dibacakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional begitu komited dalam menjamin kestabilan politik negara demi kepentingan rakyat.

Ini merupakan sejarah yang amat besar dimana, kerajaan dengan sokongan parti pembangkang, ingin melihat negara stabil agar pelabur asing, yakin dan berani untuk melabur dinegara ini kerana kestabilan politik jangka panjang.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, yang berjaya menjadi seorang Perdana Menteri yang mampu mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen termasuk daripada parti pembangkang. Beliau juga berjaya meyakinkan akar umbi UMNO, dan menunaikan janji beliau kepada parti. Walaupun bergelar sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetapi Dato’ Sri Ismail Sabri seorang pemimpin yang amat menghormati institusi dan mengutamakan kepentingan parti dan membawa kesemua yang diputuskan oleh parti.

Kepercayaan yang diberikan, beliau tidak sia-siakan kerana apa yang diputuskan parti adalah keutamaan untuk rakyat.

Kini, terpulanglah kepada rakyat samada ingin memilih mana intan mana kaca, parti mana utamakan negara, parti mana yang gila kuasa, parti mana yang huru hara, parti mana yang membela rakyatnya pada PRU 15 akan datang.

Janganlah lagi diperdaya dengan janji pembangkang yang suka mengadu domba dan membawa agenda yang tidak langsung membawa manfaat buat rakyat dan negara.

Apa yang boleh saya sampaikan adalah, YAB Perdana Menteri kita sudah membuat satu keputusan yang tepat untuk rakyat dan amat mementingkan kepentingan kestabilan negara. Apabila politik stabil, negara pasti akan maju dan mapan serta rakyat akan mendapat manfaat yang besar daripada kemakmuran ini.

Jangan menilai buku dengan hanya melihat luaran sahaja. Itulah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Nampak lembut, tapi ketegasan beliau, komitmen beliau dapat kita lihat melalui keputusan dan keberanian tindakan.

Begitu juga UMNO. Kini ia diterajui sebuah pasukan yang mantap dan telah banyak berubah kearah membawa agenda membela rakyat secara menyeluruh.

DATUK MUHAMAD MUQHARABBIN MOKHTARRUDIN
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ketua Pemuda Lembah Pantai

Leave a Reply