KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Mahdzir Khalid menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) kepada Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) di ibu negara.
Pelantikan sebagai Pengerusi KEDA ini dibuat selama 2 tahun bermula pada 1 Jun 2022 bagi menggantikan YB Dato’ Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail yang telah tamat tempoh pelantikannya.
Tahniah diucapkan kepada Mejar Jeneral Datuk Sri Jamil Khir atas pelantikan tersebut.
Jamil Khir Baharom
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) #keda #KeluargaMalaysia #luarbandarsejahtera #kplb #mahdzirkhalid