KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Laptop Percuma Parlimen Wangsa Maju ingin memaklumkan bahawa beberapa perkembangan mengenai inisiatif Bantuan Laptop tersebut.

Umum mengetahui, di Parlimen Wangsa Maju ini telah pun dimulakan permohonan Bantuan Laptop Percuma ini pada 23 Jun 2022 dan ditutup pada 15 Julai 2022 lalu.

Sepanjang tempoh itu juga, pihak Parlimen Wangsa Maju telah menerima sebanyak 255 permohonan dimana 170 permohonan telah dihantar melalui Google Form manakala 85 permohonan lagi di hantar menggunakan borang fizikal yang diedarkan kepada penduduk setempat yang telah pun menghantar kembali borang permohonan tersebut ke Pusat Khidmat atau kepada wakil-wakil pemimpin masyarakat disini sebelum 15 Julai 2022.

Sebanyak 102 permohonan antara 255 permohonan merupakan mereka dikalangangi pelajar yang sedang menduduki SPM tahun ini, 6 dikalangan STPM, 70 dikalangan pelajar Diploma, 18 Asasi dan 59 Ijazah. Kesemua permohonan itu datang daripada mereka yang merupakan keluarga B40 berpendapatan bawah RM 5,000 setiap isi rumah.

Hanya 200 permohonan telah diterima setelah mengambil kira pelbagai kriteria dan keutamaan diambil setelah mereka menghantar borang permohonan tersebut. Pihak jawatankuasa juga telah meneliti kesemua permohonan tersebut untuk mengenal pasti adakala pelajar-pelajar itu layak berdasarkan beberapa kriteria.

1) Pengundi Wangsa Maju

2) Umur yang ditetapkan (17 tahun hingga 24 tahun sahaja) 3) Permohonan hanya daripada satu keluarga

4) Bilangan laptop di rumah

5) Pendapatan isi rumah

6) Bilangan tanggungan adik beradik

7) Tempat belajar

Justeru, setelah menelitinya, sebanyak 200 permohonan yang memohon telah dikenalpasti. 44 permohonan telah ditolak yang mana, 15 tidak mematuhi kriteria umur yang ditetapkan, 12 bukan pengundi Wangsa Maju, 9 permohonan datang daripada satu keluarga yang sama dan 13 permohonan, tidak menyambung pengajian di mana-mana pusat pengajian.

Walaupun terdapat beberapa borang permohonan yang tidak lengkap pada awalnya, maka pihak kami telah menghubungi pemohon tersebut untuk memastikan borang permohonan mereka yang dihantar adalah lengkap.

Permohonan bantuan laptop ini telah dihantar ke unit ICU bagi mendapatkan kelulusan bagi memastikan 200 laptop dapat diedarkan dengan kadar segera untuk kegunaan pelajar.

Sementara pihak kami menunggu kelulusan dari ICU, pihak Pusat Khidmat Masyarakat Wangsa Maju itu memaklumkan kepada pelajar yang membuat pernohonan bahawa permohonan mereka telah diluluskan bagi memastikan setiap sen yang dibelanjakan untuk bantuan ini sampai kepada mereka yang memerlukan.

Pihak Pusat Khidmat Masyarakat Wangsa Maju berharap agar kesemualaptop ini dapat diedarkan pada bulan ini sama ada pertengahan bulan Ogos mahupun hujung bulan bergantung kepada berapa pantasnya pihak ICU dapat meluluskan kesemua permohonan ini bagi memastikan pemohon dapat menggunakan laptop pada kemasukan di Universiti dan Kolej pada bulan Oktober ini.

Leave a Reply