TAHUN 2024 HEBOH DENGAN SIASATAN SKANDAL WANG BERBILION RINGGIT NEGARA SELEPAS SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) MENUNJUKKAN TARINGNYA DENGAN MEMBUKA KOTAK PANDORA YANG DIKAITKAN DENGAN KLEPTOKRASI TERBESAR DALAM SEJARAH MALAYSIA, ATAU DUNIA.
KERTAS PANDORA YANG DIDEDAHKAN KONSORTIUM WARTAWAN PENYIASATAN ANTARABANGSA (ICIJ) ANTARA LAIN MENYEBUT KIRA-KIRA 12 INDIVIDU MALAYSIA TERMASUK EMPAT AHLI POLITIK DARIPADA PULUHAN KETUA NEGARA, KERAJAAN DAN PEMERINTAH SERATA DUNIA DIDAPATI MENGGUNAKAN PERLINDUNGAN CUKAI LUAR PESISIR BAGI MENYEMBUNYIKAN ASET BERNILAI RATUSAN JUTA DOLAR SEPANJANG 25 TAHUN LALU.
ANTARA YANG DISIASAT ADALAH SKANDAL TUN DAIM ZAINUDDIN SEKELUARGA YANG DIDAKWA MEMPUNYAI KEKAYAAN LUAR BIASA.
LEBIH MENGEJUTKAN, TIADA ANGIN TIADA RIBUT, MIRZAN IAITU ANAK KEPADA BEKAS PERDANA MENTERI, TUN DR MAHATHIR MOHAMAD TURUT DIPANGGIL DAN DIBERI TEMPOH MENGISYTIHARKAN ASET SEJAK 42 TAHUN LALU SEBAGAI SEBAHAGIAN SIASATAN KE ATAS INDIVIDU DINAMAKAN DALAM KERTAS PANDORA BERKAITAN PENGUBAHAN WANG DAN AKTIVITI HARAM DALAM URUSAN JUALAN SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN.
ANEHNYA, LAIN YANG DISURUH, LAIN YANG DIBUAT.
BELUM PUN MELAKUKAN PENGISYTIHARAAN ASET, ADA YANG TIDAK KERUAN MALAH TAMPIL MEMBERITAHU DIFITNAH DAN DIANIAYA KERANA KEJAYAAN SEHINGGA BERGELAR HARTAWAN DAN JUTAWAN.
ISTERI DAIM, TOH PUAN NA’IMAH ABDUL KHALID MENDAKWA SUAMINYA DIANIAYA DAN KEJAYAAN ITU DIJADIKAN ALASAN UNTUK MEMFITNAH DAN MENGGAMBARKAN SEBAGAI PERASUAH.
NAMUN, ISTERI BEKAS MENTERI KEWANGAN ITU MENGAKU TIDAK BERSALAH KETIKA DIDAKWA DI MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR KERANA GAGAL MEMATUHI NOTIS SPRM DENGAN TIDAK MENGISYTIHARKAN HARTA.
PADA MASA YANG SAMA, DR MAHATHIR MENGAKUI RISAU TERHADAP SIASATAN DIJALANKAN KEPADA ANAKNYA DAN MENDAKWA TUJUAN SPRM ADALAH PENGUMPULAN BUKTI BAGI MENDAKWANYA DI MAHKAMAH
BERDASARKAN ANALISIS KEWARTAWANAN SAYA, MEMBERIKAN BEBERAPA POIN YANG BOLEH DIAMBIL KIRA DAN DIPERTIMBANG UNTUK TUJUAN RUJUKAN DAN TINDAKAN.
1. MEMETIK ARTIKEL MALAYSIA GAZETTE BERTARIKH 21 OGOS 2020, TOKOH WARTAWAN RAKYAT, WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS ADALAH ORANG PERTAMA DARIPADA 32 JUTA RAKYAT MEMBUAT LAPORAN POLIS MEMINTA SIASATAN DILAKUKAN TERHADAP DR MAHATHIR BERHUBUNG KEKAYAAN LUAR BIASA KELUARGA BEKAS PERDANA MENTERI ITU.
2. BELIAU JUGA MEMBUAT LAPORAN POLIS MENGENAI KEHILANGAN WANG ATAS PENAMA DALAM ARTIKEL SAMA DIDAKWA MELEBIHI RM11 TRILION YANG HEBOH DIPERKATAKAN SEBAGAI DANA NUSANTARA, BAGI MEMINTA POLIS SIASAT ADAKAH KEDUANYA HILANG DUIT SECARA LUAR BIASA DAN MEMPUNYAI KEKAYAAN LUAR BIASA SALING BERKAIT.
3. PERSOALANNYA, MENGAPA ORANG YANG DILAPORKAN ADA KEKAYAAN LUAR BIASA RATUSAN BILION TIDAK MENGISYTIHARKAN HARTA ATAU DITANGKAP ATAU DISIASAT POLIS SEDANGKAN IANYA RAHSIA BUKAN RAHSIA ATAU OPEN SECRET MALAH MENJADI PERDEBATAN AWAM SELAIN DILAPOR DI MEDIA?
4. SEDANGKAN JUGA BEKAS PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB RAZAK DIHUKUM PENJARA 72 TAHUN DAN DIDENDA RM210 JUTA KERANA ADA RM42 JUTA DALAM AKAUN PERIBADINYA. SEPATUTNYA TINDAKAN SAMA BOLEH DIBUAT JIKA BENAR ADA PEMIMPIN LAIN ADA SEJUMLAH WANG DALAM AKAUNNYA SEBELUM INI.
5. JIKA MIRZAN ATAU NA’IMAH ATAU MANA-MANA AHLI KELUARGA DR MAHATHIR ATAU DAIM TIDAK MENGISYTIHAR HARTA, DAKWAAN PUNCA KEKAYAAN LUAR BIASA YANG DILAPORKAN BERTAHUN LAMANYA TIDAK DIPADAM, DITURUNKAN, DINAFIKAN, ATAU DIKATEGORI SEBAGAI BERITA PALSU MENIMBULKAN HIPOTESIS IA ADALAH BENAR.
6. ADAKAH INI YANG DITAKUTKAN SEHINGGA ENGGAN MENGISYTIHAR HARTA? DAN ADAKAH MIRZAN ADA KESANGGUPAN DAN BERANI MENGISYTIHAR HARTA TERKUMPUL SELAMA 42 TAHUN ATAU MELALUI NASIB SEPERTI DAIM SEKELUARGA?
7. SALAH SEORANG PENERIMA DARJAH SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA, JALIL IBRAHIM YANG JUGA JURUAUDIT DALAMAN BANK DIBUNUH KEJAM SELEPAS BERJAYA BONGKAR KES PENYELEWENGAN TERBESAR DANA NEGARA SEBANYAK RM2.5 BILION PADA TAHUN 1983 SEHINGGA MENGGEMPARKAN NEGARA KETIKA ITU.
8. ADAKAH PEMBUNUHAN JALIL BERKAIT DENGAN DANA NUSANTARA JUGA?
9. ADA SATU MASA KETIKA ERA KABINET DR MAHATHIR, SEORANG LELAKI MELAYU MUNCUL DAN MENCABAR SUPAYA DIA DILANTIK MENJADI PERDANA MENTERI ATAU PM, DAN DIA BERI SEJUTA BAGI SETIAP RAKYAT MALAYSIA, DAN JIKA ADA 10 RAKYAT MALAYSIA, MAKA DIBERI RM10 JUTA NAMUN DIPERLEKEH.
10. PERSOALANNYA LAGI, TINDAKAN LELAKI ITU SEOLAH MENGGAMBARKAN SAMA ADA JAWATAN PM SEBAGAI TIKET MEMPEROLEH SUMBER KEKAYAAN NEGARA UNTUK PEMBANGUNAN RAKYAT DAN NEGARA NAMUN BAGAIMANA IA DIPEROLEH TIADA SIAPA YANG TAHU MELAINKAN MENYANDANG JAWATAN NOMBOR SATU NEGARA ITU.