KUALA LUMPUR – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) tampil menghulurkan sumbangan kepada tujuh orang waris yang berdaftar dalam Skim Prihatin di Wisma YWP.
Sumbangan berupa cek itu disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Abdul Rahman Siraj.
Sejak tahun 2010, seramai 4,539 ahli telah menuntut Skim Prihatin.
Skim Prihatin merupakan inisiatif Yayasan Wilayah Persekutuan dalam menyediakan Skim Khairat Kematian kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Skim ini termaktub kepada yang menetap dan merupakan pengundi Wilayah Persekutuan tanpa mengira bangsa dan agama.