BEBERAPA HARI LEPAS, INSIDEN BEKAS PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT, DONALD TRUMP NYARIS MAUT SELEPAS TERKENA TEMBAKAN SIPI SEMASA BERUCAP DALAM KEMPENNYA DI PENNSYLVANIA.
KETIKA TRUMP MASIH PRESIDEN, SATU-SATUNYA WARTAWAN MALAYSIA, WAN NOOR HAYATI TERPILIH DIJEMPUT DAN DITAJA SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT PADA 2018 MENGIKUTI PROGRAM PERTUKARAN KAJIAN DAN KEWARTAWANAN PENYIASATAN EDWARD R MURROW KERANA PENCAPAIAN DAN SUMBANGANNYA DALAM BIDANG KEWARTAWANAN.
LAPORAN TERAKHIRNYA MERUJUK KEPADA PERKONGSIANNYA MENGENAI MEDIA KEWARTAWANAN DI MEDIAVARIASI.COM, MENYEBUT WARTAWAN AMAT DIGALAKKAN MEMBUAT LAPORAN PENYIASATAN YANG BANYAK KERANA MEMBANTU PIHAK BERKUASA MENYELESAI DAN MEMBERI PETUNJUK SATU-SATU KES.
BARU-BARU INI, LAPORAN MEDIA MENDEDAHKAN MALAYSIA MENCATATKAN PENURUNAN DALAM INDEKS KEBEBASAN MEDIA 2024 DI TANGGA KE-107 BERBANDING KE-73 TAHUN LALU.
TIDAK PERLU ULAS PANJANG MENGENAI PERSOALAN BAGAIMANA KEDUDUKAN INDEKS NEGARA JAUH KE BELAKANG KERANA IRONINYA, MATA MELIHAT, TELINGA MENDENGAR, TANGAN MENCATIT, DAN AKAL MEMAHAMI SITUASI.
JADI, BAGAIMANA MENENTUKAN SESUATU BERITA ITU BENAR, BETUL ATAU SAHIH ATAU/DAN TIDAK BENAR, PALSU ATAU FITNAH?
MERUJUK BUKU ANALISIS KEWARTAWANAN SAMAN DOJ, FAKTA ATAU FITNAH OLEH, WAN NOOR HAYATI ADA MENYENTUH MAKSUD BAGI BERITA PALSU, TIDAK BENAR DAN FITNAH SETIAPNYA BERBEZA.
“SESIAPA SAHAJA BOLEH MENGATAKAN APA-APA MAKLUMAT SEBAGAI MAKLUMAT PALSU, FITNAH, TIDAK BENAR ATAU FAKTA. MALAH SESIAPA SAHAJA BOLEH MEMBUAT SEBARANG DAKWAAN TETAPI TIDAK SEMUA BOLEH ATAU MAMPU MENENTUSAHKAN KEBENARANNYA”
TURUT MENJELASKAN LAGI, ADA DIMAKLUMKAN MENGENAI BERITA TIDAK BENAR.
ANTARANYA
1. BERITA TIDAK BENAR, BUKANLAH BERITA PALSU. ISTILAH TIDAK BENAR DAN PALSU MEMBAWA MAKNA BERBEZA.
2. BERITA TIDAK BENAR, MUNGKIN TIDAK BENAR PADA SATU PIHAK TETAPI BENAR PADA PIHAK SATU LAGI,, PADA MASA YANG SAMA IA BUKAN BERITA PALSU.
3. MUNGKIN BENAR PADA SATU PIHAK, TETAPI TIDAK BENAR PADA PIHAK LAIN. TETAP BUKAN PALSU.
4. MUNGKIN BENAR KETIKA BERITA ITU DILAPORKAN TETAPI TIDAK BENAR SELEPAS IA DILAPORKAN. TETAP BUKAN PALSU.
NAMPAK SESUATU?
IA TURUT MENAMBAH, MENGATAKAN BERITA BENAR ATAU TIDAK BENAR SEBAGAI BERITA PALSU JUGA SALAH.
JIKA ASAS ITU DIGUNAKAN DALAM PENYIASATAN ANALISIS KEWARTAWANAN SEORANG PEMENANG ANUGERAH KAJAI DAN TOKOH WARTAWAN RAKYAT ITU KETIKA ITU, BAGAIMANA PULA PENYIASATAN SESUATU LAPORAN BERITA ATAU HANTARAN DI MEDIA SOSIAL DARIPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI KREDIBILITI?
BARU-BARU INI, BEBERAPA MEDIA DILABELKAN SEBAGAI MEDIA BAD ACTORS DISEKAT OLEH KERAJAAN YANG DIDAKWA ADA BERITA DILAPORKAN PALSU.
SEORANG PEGUAM KANAN, HANIFF KHATRI ABDULLA MEMPERSOAL TINDAKAN KERAJAAN ITU KERANA BERPANDANGAN WUJUD PENYALAHGUNAAN KUASA DAN DARIPADA MENGENAKAN SEKATAN ATAU MENURUNKAN HANTARAN, SIASATAN DAN KEPUTUSAN LEBIH LAYAK DILAKUKAN OLEH PIHAK BERKAITAN.
JADI, BAGAIMANA MENANGKIS BERITA PALSU JIKA BELUM MEMAHAMI BERITA BENAR, TIDAK BENAR, FITNAH ATAU PALSU?
SUMBER RUJUKAN
https://www.facebook.com/share/v/ExRwKoVkNSv5sRzX/?mibextid=oFDknk
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/indeks-kebebasan-media-malaysia-merudum-34-anak-tangga-bukan-lagi-terbaik-asean-468985
https://www.malaysiakini.com/news/708229
https://m.malaysiakini.com/news/708229