WALAUPUN NASI SUDAH JADI BUBUR. TETAPI BUBUR MASIH BOLEH DIOLAH LEBIH BAIK MALAH LEBIH SEDAP.

ITU ANALOGI MUDAH UNTUK MENGGAMBARKAN HUKUMAN YANG DIJATUHKAN KE ATAS PESALAH, SEBELUM KE TIRAI BESI, NAMUN PENGAKHIRANNYA ADALAH PILIHAN SENDIRI.

SAMA ADA KELUAR BELAJAR SESUATU UNTUK PERBETULKAN KESILAPAN ATAU KEMBALI SEMULA KE SANA.

DI SINI, BUKANLAH UNTUK MEMBINCANGKAN SIAPA PESALAH, TETAPI YANG TIDAK BERSALAH ATAU RINGKASNYA, DIANIAYA.

OGOS LALU, MEDIA TEMPATAN ADA LAPORKAN, BANDUAN LELAKI BERUSIA 71 TAHUN DI WASHINGTON, TERPAKSA, (DIULANGI, TERPAKSA) HABISKAN LIMA PULUH TAHUN DI PENJARA, ATAS TUDUHAN BUNUH YANG DIA TIDAK LAKUKAN, (DIULANGI, DIA TIDAK LAKUKAN).

KESABARANNYA DIBAYAR DENGAN KEADILAN. DIA, GLYNN SIMMONS AKHIRNYA MENERIMA PAMPASAN USD 7.15 JUTA DARIPADA PIHAK BERKUASA BANDAR EDMOND, OKLAHOMA DAN POLIS.

MUNGKIN RAMAI YANG TERLEPAS PANDANG, MALAYSIA JUGA ADA KES SEAKAN SAMA DENGAN DI ATAS.

ANTARANYA, SEORANG LELAKI TEMPATAN, IEKMAL HISHAM HARUN BERJAYA MEMBUKTIKAN KESNYA TERHADAP KERAJAAN DAN POLIS TERMASUK KETUA POLIS NEGARA APABILA DAKWAAN DIA MENGEDAR DADAH, DIDAPATI MENYALAHI UNDANG-UNDANG PADA FEB 2023.

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI IPOH MENGARAHKAN DIA DIBAYAR RM240K, ATAU RM2K SEBAGAI GANTI RUGI SELAMA 106 HARI, SELEPAS PENAHANAN DAN PEMENJARAAN YANG TERPAKSA DITANGGUNG AKIBAT PERBUATAN SEORANG PEGAWAI PENYIASAT KES MEMALSUKAN DOKUMEN.

IEKMAL TURUT DIANUGERAHKAN RM25K SEBAGAI KOS.

DIPENDEKKAN CERITA, IEKMAL DIDAKWA 3 PERTUDUHAN DADAH, PADA MAC 2017 NAMUN DIBAWA KE PENJARA TAPAH KERANA KESALAHAN TIDAK BOLEH DIIKAT JAMIN, NAMUN DIA DIBEBASKAN PADA DISEMBER TAHUN SAMA.

PADA MASA YANG SAMA, TIMBALAN PENDAKWA RAYA HOW MAY LING MEMBUAT LAPORAN POLIS MENDAKWA TANDATANGANNYA DIPALSUKAN DALAM KERTAS SIASATAN DAN MENGANDUNGI MAKLUMAT PALSU, YANG MANA KERAJAAN TIDAK MENCABAR PEMALSUAN ITU.

JIKA DILIHAT,, KEDUA–DUA PERSAMAAN TUNTUTAN INI MELIBATKAN TUNTUTAN SIVIL. BAGAIMANA PULA TUNTUTAN SYARIAH?

ADAKAH TIDAK PERNAH WUJUD KES SEPERTI SIVIL ATAU KITA TIDAK PERNAH TAHU? ATAU TIDAK PERNAH DILAPOR ATAU ELAK DILAPOR?

LEBIH MENGECEWAKAN, JIKA IA WUJUD.
NAMUN LEBIH MENGECEWAKAN APABILA BANYAK PERTINDIHAN ANTARA TUNTUTAN SIVIL DAN SYARIAH MALAH TIDAK ADIL BAGI SEJAGAT.
YA. SEJAGAT.

APABILA BANYAK PERTINDIHAN, BANYAKLAH PERTIKAIAN.

SUMBER
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1271885/hakim-mahkamah-syariah-tak-guna-pakai-peruntukan-perintah-reman
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2024/07/1271885/hakim-mahkamah-syariah-tak-guna-pakai-peruntukan-perintah-reman
https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2024/08/1123009/dijel-secara-salah-5-dekad-lelaki-terima-pampasan-rm31-juta

Leave a Reply