editor@aatvnews.com

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2024 – Persatuan Penghantar Phailing Malaysia Penghantar yang diwakili oleh En Abdul Hakim bin Rani dengan kerjasama Pengerusi Sekretariat Forum GiG Ekonomi Malaysia Dato Seri Mohd Sharkar bin Shamsudin telah berjaya menghantar memorandum 10 perkara kepada Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.

Memorandum tersebut diterima oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di tingkat 39 Menara Dato Onn PWTC malam tadi.

Sebelum itu isu penghantar grabfood menjadi panas bermula apabila sistem upah penghantar dipinda oleh Grab kepada kadar yang lebih rendah daripada sebelum ini.

Pindaan tersebut mengundang bantahan daripada penghantar grabfood seluruh negara sehingga satu perhimpunan di pejabat Grab Petaling Jaya pada 19.1.24.

Turut hadir mengiringi Penghantar ialah beberapa orang penghantar grabfood dan kesemua mereka berharap agar isu yang ketidakadilan dalam sistem phailing diatasi secepat yang mungkin. – EhailingFm –

Leave a Reply