Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar di laman sosial Berita Harian pada 4 Februari 2024 adalah tidak wajar dilakukan oleh beliau dan mengelirukan dengan tujuan seolah-olah ingin memburukkan usaha UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
Menurut Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia A’zlan Hj Abu Bakar berkata, beliau berasa hairan kerana seolah-seolah ada yang terasa pedas walhal Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh dalam hantaran yang dimuat naik oleh Dr Akmal di laman sosialnya hanya menulis secara umum tanpa menunjukan sesiapa.
Hantaran Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Dr Akmal Saleh yang dimuatnaik sebaik sahaja keputusan Lembaga Pengampunan yang mengesahkan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak bertulis “Kita dipermainkan akhirnya, Jangan ingat kami tidak tahu apa yang berlaku, sudah tiba masanya”. Jadi tidak timbul perkara yang menyerang parti komponen Kerajaan Perpaduan. Atau dalam kata lain “siapa makan cili, dia terasa pedas”. Mungkin Haziq Azfar dah makan cili sebab itu rasa pedas.
Namun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) ini yang sengaja memperlihatkan bahawa Ketua Pemuda UMNO mula mengerohkan lagi hubungan Kerajaan Perpaduan. Hakikatnya beliau sendiri yang sedang mengerohkan keadaan ini.
Haziq Azfar yang bekata “Tidak adil buat rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang berusaha mengekalkan keharmonian dan saling menghormati ketika pemimpin utama UMNO seperti beliau mengeluarkan kenyataan berupaya mewujudkan syak wasangka antara satu sama lain,”.
Kenyataan seperti ini adalah bersifat membabi buta, seharusnya tidak timbul soal tidak adil kepada UMNO yang seolah-olah UMNO ini tidak berusaha mengekalkan keharmonian serta menghormati antara rakan komponen Kerajaan Perpaduan. Saya nak ingatkan bahawa Pemuda UMNO di bawah pimpinan Dr Akmal adalah individu yang membawa sesuatu prinsip yang jelas dan ikhlas. Ianya mula diterjemahkan dan dibuktikan dari Konvensyen Pemuda Perpaduan pada 14 Mei 2023 di WTC Kuala Lumpur, seterusnya siri kempen Pilihanraya Negeri serta Pilihanraya Kecil dengan usaha yang digerakkan terutamanya Pemuda UMNO yang diketuai oleh Dr Akmal sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia.
A’zlan meminta supaya Haziq Azfar ini jangan cepat melatah kalau tak terasa pedas dengan terus menuduh tak tentu hala. Kalau benar pun dia terasa pedas , saya rasa lebih elok dia bertanya kepada Ketua AMK, Adam Adli apa yang dimaksudkan oleh hantaran Dr Akmal. Atau boleh bertanya terus dengan Presiden parti mereka sendiri iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim samada benar sedang mempermainkan UMNO?
Jika benar, wajarlah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar di laman sosial Berita Harian pada 4 Februari 2024 dan jika tidak benar, tidak perlu kenyataan oleh Haziq Azfar ini dikeluarkan sepatutnya.
Malah lebih baik parti KEADILAN sebagai bukti mereka berusaha mengekalkan keharmonian serta menghormati antara rakan komponen Kerajaan Perpaduan supaya membuatkan laporan polis terhadap tindakan Tony Pua yang dilihat mempermainkan Institutusi Raja Berpelembangan apabila keputusan Lembaga Pengampunan dikeluarkan.