SEBAIK sahaja tersebar di media sosial kenyataan berita pengenai keputusan pengurangan hukuman ke atas Datuk Seri Najib Razak, gegak gempita yang amat seantero Malaya. 

Bermulalah episod serang menyerang dan salah menyalah. Tak kurang juga pihak yang sengaja menanngguk di air yang keruh agar dilihat menjuarai isu ini.

Seolah-oleh mereka sahajalah yang terpaling hebat dan terpaling unggul berjuang untuk pembebasan beliau.

Perlembagaan Persekutuan seperti dalam Perkara 42 telah memberi kuasa prerogatif kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membuat apa juga Keputusan. 

Baginda boleh menerima atau menolak kesemua pandangan yang diberikan oleh Ahli Lembaga Pengampunan. Ini muktamad dan tidak boleh dipertikaikan sama sekali. 

Baginda juga di bawah peruntukan perkara yang sama tidak perlu memberi apa-apa juga alasan keputusan yang dibuat.

Kalau masih boleh diingat, apabila hukuman Najib dijatuhkan oleh lima panel hakim Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022, ahli-ahli UMNO khususnya amat sedih dan kecewa.

Pelbagai reaksi masyarakat juga dapat dilihat pada masa yang sama.

Namun ketika keputusan Lembaga Pengampunan diumumkan, reaksi yang ditunjukkan jauh lebih hebat daripada itu. Mengapa?

Malah yang teruk dikecam ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak terkecuali. 

Pelbagai cemuhan dilemparkan secara semberono dengan tujuan mahu lihat UMNO dan lain-lain parti gabungan bertelagah sesama sendiri. 

Dari sudut politik, kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh mereka yang anti kerajaan madani dan anti kepimpinan UMNO yang ada sekarang.

Malah yang teruk dikecam ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak terkecuali. 

Pelbagai cemuhan dilemparkan secara semberono dengan tujuan mahu lihat UMNO dan lain-lain parti gabungan bertelagah sesama sendiri.

Tak hairan kedengaran suara-suara mahukan UMNO keluar dari kerajaan dan tak kurang kecaman dari gabungan Pakatan Harapan (PH) ke atas UMNO.

Inilah naratif dan ’sound-byte‘ yang mereka mahu media dan para cytro mainkan.

Isu ini jika tidak dikawal secara politik mampu menghakis kepercayaan dan membina semula bibit kecurigaan dan kebencian di kalangan ahli semua parti gabungan. 

Inilah yang musuh mahukan, parit dalam sedang digali, mereka tak sabar menanti nak tengok kita semua jatuh ke dalamnya.

Umumnya, kita semua harus menyedari Perdana Menteri mana yang bertanggungjawab memulakan siasatan ke atas Najib, di bawah Perdana Menteri mana beliau didapati bersalah dan di bawah PM mana beliau dihantar ke penjara. 

Dan sekarang yang dipersalah dan dikecam ialah PMX dan Presiden UMNO. Siapa yang untung?

– HELLO MALAYSIA –

Leave a Reply