Putrajaya, 14 Februari 2024 – YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) bersama dengan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah menghadap dan menyembah maklum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (KDYMM YDPA) tentang cadangan Kerajaan mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk Mengkaji Pengendalian Perkara berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

Kerajaan telah mendapat perkenan KDYMM YDPA bagi penubuhan RCI untuk Mengkaji Pengendalian Perkara berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan berkuat kuasa serta-merta.

KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku turut memperkenan pelantikan tujuh (7) orang Pesuruhjaya RCI, iaitu– tujuh (7) orang Pesuruhjaya RCI, iaitu–
(i) YABhg. Tun Md Raus bin Sharif, Mantan Ketua Hakim Negara(Pengerusi);
(ii) YBhg. Tan Sri Datuk Zainun binti Ali, Mantan Hakim Mahkamah
Persekutuan(Timbalan Pengerusi/Ahli);
(iii) YBhg. Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu, Pengamal Undang-Undang (Ahli);
(iv) YBhg. Prof. Dr. Johan Shamsuddin bin Haji Sabaruddin, Mantan Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (Ahli);

(v) YBhg. Prof. Datin Dr. Faridah binti Jalil, Pakar Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran (Ahli);
(vi) YB Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd. Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor (Ahli); dan
(vii) YBrs. Tuan Haji Dickson bin Dollah, Pengarah Laut Wilayah Selatan, Jabatan Laut Malaysia (Ahli).

Manakala YBrs. Tuan Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri diperkenan oleh KDYMM YDPA sebagai Setiausaha RCI. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri pula akan bertindak sebagai Urus Setia.

Leave a Reply