“Rule of Law atau Law of Jungle?”
KUALA LUMPUR, 18 Disember 2025 — Aktivis sosial, Dato’ Dr Kalaivanar menzahirkan harapan agar prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) terus dipertahankan menjelang keputusan berhubung Titah Addendum melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dijangka pada 22 haribulan ini.
Menurut beliau, Malaysia tidak seharusnya dipimpin oleh pendekatan “law of jungle”, sebaliknya mesti berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan keluhuran undang-undang seperti yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri.
“Saya harap satu rule of law akan kekal. Bukan law of jungle. Selalu Anwar kata rule of law, maka kita harap martabatkan rule of law,” katanya ketika ditemui media.
Dato’ Dr Kalaivanar yang juga mewakili Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara menegaskan bahawa berdasarkan pengetahuan umum dan perhatian masyarakat, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah pun menerima pengampunan, namun sehingga kini masih belum dibebaskan.
“Seluruh dunia tahu beliau memang telah diberi pengampunan, tetapi beliau belum keluar,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau berharap agar keputusan yang bakal diumumkan kelak dapat mengekalkan pengampunan tersebut, sama ada melalui pembebasan penuh atau sekurang-kurangnya tahanan rumah (house arrest), demi memastikan keadilan benar-benar ditegakkan.
Kenyataan ini sekali lagi mencetuskan perdebatan awam mengenai ketelusan sistem keadilan serta komitmen kerajaan terhadap prinsip rule of law yang sering menjadi tonggak utama pentadbiran negara.
#RuleOfLaw
#TitahAddendum
#NajibRazak
#KeadilanUntukNajib
#BebaskanNajib
#UndangUndangNegara
#IsuNasional
#PolitikMalaysia
#SuaraRakyat
#BeritaAATV