KUALA LUMPUR – Madrasathul Faridiyah tahun ini meneruskan program bantuan untuk asnaf dan golongan memerlukan sempena hari raya Aidilfitri.
Pengerusi Madrasthul Faridiyah, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata seramai 2,500 penerima terdiri daripada penduduk di sekitar Lembah Klang dan kawasan sekitar akan menerima sumbangan yang disampaikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Ayob Khan Mydin Pithcay.
Beliau berkata program yang diadakan sejak 1994 itu bertujuan meringankan beban penerima terutama menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
“Sebanyak 23 jenis barang keperluan akan disumbangkan kepada penerima menerusi sistem imbas kod QR bagi memudahkan urusan penyerahan.
“Program ini adalah kesinambungan Majlis Akad Nikah Rahmah yang dianjurkan pusat pengajian ini dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan baru-baru ini,” katanya pada sidang medianya.
Jawahar berkata denngan adanya bantuan itu, diharapkan penerima akan dapat menyambut hari raya dengan penuh makna dan kesyukuran.