KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin UMNO membidas tindakan teguran rakan-rakan pemimpin daripada parti komponen dalam kerajaan kepada Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berhubung isu penjualan stoking tertera tulisan ‘Allah’ di cawangan KK Mart.

Ahli Majlis Kerja Tertingginya, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata tindakan meminta Akmal berhenti menghasut sentimen perkauman dan agama dengan menggesa boikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart itu disifatkan keterlaluan.

“Masalah dia adalah orang ketiga yang meminta Akmal mohon maaf. Akmal cakap sebagai orang Islam yang mempunyai sensitiviti.

“Di Malaysia orang ketiga tak boleh masuk campur.
Sepatutnya mereka patut diam. Perlu mereka beritahu KK Mart lain kali peniaga harus lebih sensitif perkara ini lebih lagi melibatkan isu agama,” katanya kepada AATV News.

Baru-baru Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menggesa Akmal berhenti menghasut sentimen perkauman dan agama dengan menggesa boikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart.

Kata Nga, reaksi Akmal hanya memudaratkan dan mungkin memberi padah kepada UMNO.

Selain Nga, Akmal juga telah ditegur oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing berhubung gesaan boikotnya.

Dalam pada itu, Sharkar yang merupakan Speaker DUN Pahang berkata isu KK Mart perkara serius dan sepatutnya tidak berpanjangan.

Beliau berkata masalah timbul adalah mengenai bagaimana cara mengendali isu tersebut.

“Kena faham KK Mart buat silap selepas kalimah Allah pada stoking.

“Sepatutnya pihak berkuasa terus ambil tindakan jika betul-betul nak bendung,” katanya.

Leave a Reply