MH370.
PESAWAT MALAYSIA AIRLINES DENGAN 239 PENUMPANG DAN ANAK KAPAL MASIH MENJADI TANDA TANYA SELURUH DUNIA.
8 MAC 2014.
BIARPUN 10 TAHUN BERLALU, ADA WARIS, (JIKA YANG MASIH HIDUP) MASIH NENGHARAPKAN SINAR. BAGAIMANA PULA BAGI MEREKA YANG SUDAH REDA?
PERDANA MENTERI, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM BARU-BARU INI MENGINGATKAN SUPAYA WARIS PENUMPANG MH370 TIDAK TERLALU MELETAKKAN HARAPAN TINGGI TERHADAP USAHA PENCARIAN KEHILANGAN PESAWAT MH370
BELIAU MALAH MENEKANKAN PROSES PENCARIAN ITU MENELAN BELANJA DANA, (DIULANG, BELANJA DANA) YANG BESAR.
KENYATAAN PERDANA MENTERI ITU SUSULAN ADA USAHA PENCARIAN BAHARU DILANCARKAN OLEH FIRMA AMERIKA SYARIKAT, OCEAN INFINITY TERHADAP PESAWAT MH370 ATAS KAPASITI NO FIND NO FEE, YANG AKAN DIBENTANGKAN CADANGAN PADA MEI DEPAN.
MENURUT ANALISIS KEWARTAWANAN SAYA, SECARA TIDAK LANGSUNG MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN HARAPAN TERHADAP PENEMUAN PESAWAT MH370.
INI KERANA ADA BEBERAPA FAKTOR YANG BOLEH DIAMBIL KIRA UNTUK RUJUKAN ATAU TINDAKAN PIHAK BERKAITAN.
1. BERDASARKAN SEJARAH DUNIA PESAWAT HILANG, TIDAK ADA SEORANG PUN TERSELAMAT DALAM KEJADIAN.
2. TIDAK ADA YANG PERNAH TAMPIL KEMBALI KEPADA KELUARGA DAN MENYATAKAN APA-APA SEBAB PERNAH HILANG BERSAMA PESAWAT, TERMASUK MH370 SELEPAS 10 TAHUN.
3. DIPERCAYAI SEHINGGA KINI TIDAK ADA SATU TEKNOLOGI CANGGIH PUN MAMPU MENGESAN MANA-MANA PESAWAT HILANG, KECUALI IA TIMBUL DAN DITEMUI DENGAN TIDAK SENGAJA.
4. TEORI PAKAR BARAT MELAPORKAN PESAWAT EGYPT FLIGHT 990 TERHEMPAS DI LAUTAN HINDI SELEPAS TERJUNAM 14,000 KAKI DALAM TEMPOH 36 SAAT, JIKA TEORI INI DIGUNAKAN UNTUK MENGESAN KEDUDUKAN MH370 DIPERCAYAI PADA KEDUDUKAN KIRA-KIRA 4,000 METER BAWAH LAUTAN HINDI, PASTINYA MALAYSIA SUDAH MENGGUNAKAN KEPAKARAN INI DAN MENGESAN DI KAWASAN PENCARIAN DARI AWAL. TETAPI SEHINGGA KINI MASIH TIADA SEBARANG PETUNJUK.
5. GESAAN PAKAR DENGAN KAPASITI NO FEE NO FIND JUGA MENIMBULKAN TANDA TANYA SAMA ADA KERAJAAN MALAYSIA AKAN MENDANAI PENCARIAN SECARA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIAN MISI. INI KERANA USAHA ITU PASTINYA MENGGUNAKAN DANA AWAM (DIULANG, DANA AWAM) DALAM KEADAAN EKONOMI SEDANG DIBAIKPULIH.
6. DAKWAAN SERPIHAN PESAWAT MH370 DITEMUI, ATAU DAN PESAWAT ITU BERAKHIR DI TENGAH LAUTAN HINDI, NAMUN SEBENARNYA MASIH JUGA BELUM JUMPA SEBARANG PETANDA WALAUPUN FIUSLAJNYA. HANYA DAKWAAN TEORI SEMATA-MATA.
7. CADANGAN SAYA, DANA AWAM SEBAIKNYA DIBELANJAKAN PADA RAKYAT KEMBALI, KERANA BERDASARKAN ANALISIS DI ATAS, DANA YANG AKAN DIGUNAKAN UNTUK PENCARIAN BAHARU HANYA AKAN JADI PENCARIAN SIA-SIA.
8. SAYA PERCAYA, DALAM TEMPOH SEDEKAD INI, WARIS MENERIMA PETUNJUK ATAU PESANAN DARIPADA MIMPI DENGAN KEHADIRAN AHLI KELUARGA PENUMPANG PESAWAT.
9. ADA YANG SUDAH REDA DENGAN TAKDIR TUHAN TERHADAP KEHILANGAN PENUMPANG BERSAMA PESAWAT MH370 ITU, WALAUPUN TIADA KUBUR BERTANDA DAN HANYA TINGGAL MEMORI.
10. TERINGAT DOA SEORANG IBU, “Jika betul anak saya lemas, semoga jasadnya timbul, jika diambil orang, tolonglah pulangkan”. ANTARA DOA-DOA YANG MAKBUL ADALAH DALAM KALANGAN IBU ATAU BAPA DAN YANG TERANIAYA. JIKA TIDAK TIMBUL? HANYA TUHAN YANG SATU MENGETAHUINYA.
SUMBER
https://wartaoriental.com/2024/03/17/pencarian-mh370-pm-ingatkan-waris-jangan-letak-harapan-tinggi/
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/misteri-sedekad-pencarian-berterusan-mh370-dan-usaha-mencari-penyelesaian-461501
https://www.astroawani.com/berita-dunia/9-kes-kehilangan-pesawat-penuh-misteri-dalam-sejarah-68171?amp=1