AMPANG – Dalam usaha menaik taraf disamping memberi keselesaan pengunjung yang hadir ke Galeri Nur Raudah (GNR), satu kerjasama telah berlangsung di antara GNR dengan Jam Thowaf Berskala Energy yang Pertama di dunia.
Kerjasama dengan Jam Thowaf adalah bagi menampung pelbagai kos pengurusan galeri dan program lain yang bakal diadakan dari masa ke semasa.
Usaha ini semua untuk menampung kos pengurusan galeri ruang jualan dan bilik rawatan untuk tujuan memberi peluang kepada sesiapa sahaja disamping mengalakkan mereka berurusniaga.
Selain itu, ia juga bagi membantu untuk pembinaan modul insan Rumah Anak Anak Yatim Nurul Hasanah.
Wakil dari R2F merangkap pengeluar Jam Thowaf Ishak Hashim berkata, pelbagai manfaat dan kelebihan jam thowaf ini yang akan dirasai oleh pemakai.
“Banyak maklum balas pengguna yang sangat positif kami terima selepas menggunakan jam ini.
“Bukan hanya umat Islam tapi sesiapa sahaja boleh menggunakan jam thowaf ini namun kepentingan untuk umat Islam sangatlah banyak,” katanya pada majlis pelancaran dan kerjasama berkenaan, semalam.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengasas GNR, Ustaz Zawawi Ramli, serta wakil R2F Marketing, Datuk Ameruddin dan Datin Raihana serta beberapa selebriti seperti Norish Karman, Aris Ariwatan, Blank Gamma, Azura Aziz, Shahz Kazen, Hasnul Rahmat, Juril Duta dan Penerbit Khatijah Abu Hassan.
Ishak berkata, jam thowaf boleh meningkatkan tahap keseimbangan sel-sel tubuh dan melerai radiasi bebas dengan frekuensi tinggi.
“Larva gunung berapi ada dalam kandungan jam thowaf yang di ambil di Danau Toba, Indonesia,” katanya lagi.
Untuk info, GNR adalah tempat yang menyimpan koleksi barangan peninggalan Nabi Muhammad SAW buat tatapan umat Islam.
Galeri berkenaan berada di dalam Rumah Kasih Nurul Hasanah.
Kini GNR telah memasuki tahun keempat dan terus menggerakkan lagi langkah dalam bidang Muamalat sebagai mengikut Sunnah Baginda Nabi Muhamad SAW sekaligus usaha mencapai saharan bagi membina sebuah Kompleks Muzium Sejarah tamadun Islam di Bumi bertuah Malaysia ini.
“GNR juga menjadi tempat pengisian qasidah, selawat, pengajian fardu ain dan tetamu boleh melawat dan menyaksikan sendiri barangan peninggalan Nabi Muhammad SAW, kata Zawawi.