KUALA LUMPUR – Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia telah menyempumakan Penyerahan Dua Belas (12) Projek Siap yang dilaksanakan oleh agensi Kementerian Kerja Raya (KKR) iaitu Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKR WP Kuala Lumpur), dengan enam (6) daripada dua belas (12) projek dapat disiapkan lebih awal daripada tarikh penyiapan kontrak.

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sejumlah peruntukan pembangunan dan mengurus kepada beberapa kementerian bagi pelaksanaan pelbagai projek berkait kemudahan infrastruktur termasuk menaiktaraf bangunan sedia ada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Secara keseluruhan, projek-projek yang telah siap untuk diserahkan ini bernilai RM57.48juta yang mana melibatkan skop pembinaan bangunan tambahan, kerja menaiktaraf bangunan, penggantian sistem mekanikal (Sistem Lif dan Sistem Penyaman Udara Berpusat) serta kerja-kerja pembaikan cerun.

Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

i. Naiktaraf Institut Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan nilai kos projek sebanyak RM23.9 Juta;

ii. Ubahsuai Dalaman Bangunan Aswara dengan nilai kos projek sebanyak RM6.79 Juta; (Siap awal dari jadual)

iii. Menaiktaraf Sistem Pembentungan Kampus, Sisa Kimia Dan Sisa Pepejal Di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur dengan nilai kos projek sebanyak RM6.6 Juta; (Siap awal dari jadual)

iv. Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kampus Kuala Lumpur dengan nilai kos projek sebanyak RM3.38 Juta;

V. Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Petaling, Kuala Lumpur dengan nilai kos projek sebanyak RM1.2 Juta; (Siap awal dari jadual)

vi. Kerja-Kerja Pembaikan Di Bangunan Menara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Blok D, Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur dengan nilai kos projek sebanyak RM2.73 juta

vii. Kerja-Kerja Pembaikan Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) Air Panas, Kuala Lumpur dengan nilai kos projek sebanyak RM2.35 juta

viii. Kerja-Kerja Pembaikan Dan Penyelenggaraan Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras Kuala Lumpur dengan nilai kos projek sebanyak RM1.69juta

ix. Kerja-Kerja Membaikpulih Bangunan Makmal Bahagian Perkhidmatan Makmal (BPM), Jabatan Pertanian Malaysia Di Jalan Gallagher Dan Jalan Sultan Salahuddin, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan nilai kos projek sebanyak RM1.59 juta

x. Penggantian Sistem Penyaman Udara Berpusat Di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur dengan nilai kos projek sebanyak RM4.88 Juta; (Siap awal dari jadual)

xi. Kerja Penggantian Baharu Sistem Lif Parkir Di Menara Dan Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan nilai kos projek sebanyak RM1.49 Juta; (Siap awal dari jadual) dan

xii. Penggantian 2 Buah Lif Penumpang Di Pejabat Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Jalan Cenderasari dengan nilai kos projek sebanyak RM0.88 juta (Siap awal dari jadual)

KKR ingin merakamkan penghargaan kepada semua kementerian pelanggan antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memberikan kepercayaan serta kerjasama penuh kepada pihak JKR WP Kuala Lumpur, khususnya dalam penyeliaan di tapak sehingga projek dapat disiapkan dengan jayanya.

Segala pengajaran yang diperolehi boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaan projek-projek yang akan datang dan seharusnya diberi perhatian oleh semua pihak supaya kejayaan penyiapan projek ini berterusan. KKR turut menyeru kepada pihak kontraktor untuk terus melaksanakan tanggungjawab dengan baik dalam tempoh tanggungan kecacatan (DLP) dan pihak JKR Malaysia untuk terus memantau proses-proses pasca penyerahan bangunan supaya tiada perkara yang tertangguh dan dilaksanakan mengikut peraturan yang berkuatkuasa.

Leave a Reply