Pihak Majlis Perundingan Pelajar (MPPK) mengambil maklum berkenaan penularan kes prebet sapu dalam kalangan mahasiswa di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) baru-baru ini.

Isu prebet sapu ini telah pun mendatangkan pelbagai reaksi dan tohmahan yang mula dibangkitkan.

Selain itu, MPPK memahami dan cakna terhadap keperluan mahasiswa mengenai kos sara hidup di IPT yang kian meningkat dan mencabar. Lebih-lebih lagi, keperluan yang melibatkan perbelanjaan sendiri seperti kos makanan, kos pengangkutan dan kos keperluan pendidikan secara keseluruhannya.

Di samping itu, untuk pengetahuan semua pihak, isu prebet sapu ini telah disuarakan dibawah kategori Usul Ekonomi Gig di Parlimen Mahasiswa Kebangsaan 2023 yang diadakan pada tahun yang lepas.

Perbahasan berkenaan perkhidmatan e-Hailing ini juga telah dibincangkan bersama seluruh pimpinan mahasiswa IPT melalui platform Parlimen tersebut dan telah pun diterima oleh Menteri Pendidikan Tinggi yang terdahulu.

Antara cadangan adalah melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Gig Ekonomi Siswa terhadap perkhidmatan e-Hailing & p-Hailing dalam kalangan mahasiswa dengan menfokuskan perihal pendaftaran rasmi perkhidmatan dan servis caj yang berpatutan mengikut kadar yang ditetapkan.

Melalui Pelan Tindakan Gig Ekonomi Siswa ini akan membolehkan mahasiswa untuk menjadi pemandu secara rasmi dan menjana pendapatan di universiti.

Leave a Reply