Laporan Bank Dunia mengenai tahap pendidikan sekolah di Malaysia membimbangkan. Keamatan tempoh masa pembelajaran murid 12.5 tahun hanya bersamaan 8.9 tahun berbanding Vietnam 10.7 tahun. Di Singapura keamatan masa pembelajaran 13.9 tahun bersamaan 12.8 tahun. Ini bermakna “defisit masa pembelajaran” 3.7 tahun. Ini menggambarkan satu pembaziran masa pembelajaran murid.

Apa yang harus dilakukan oleh KPM? Menyalahkan “alat penilaian” seperti UPSR dan PMR, akhirnya mansuhkan. Sama juga kes ini, salahkan kajian Bank Dunia?

Masalah yang mendasar pendidikan sekolah di Malaysia ialah amalan “instruksional” yang “longgar” melibatkan pengurusan dan pelaksanaan pembelajaran murid. Ini ada kaitan dengan “amalan” yang melibat “faktor manusia” yang melibatkan “ehsan”.

Falsafah Pendidikan Negara dan Dasar Pendidikan Nasional sangat jelas membentuk Sistem Pendidikan Negara. Akarnya yang menjadi cabaran ialah “amalan pendidikan” di sekolah. Faktor anjal mobiliti sekolah yang boleh dikawal ialah sistem penyampaian iaitu instruksional.

Fahami dan hayati apa “fungsi guru”? Iaitu “mendidik” bukan menternak. Proses mendidik melibatkan belajar, mengajar, dan membimbing. Kepakaran,metodologi dan teknologi adalah medium sokongan yang dijadikan pendekatan dan strategi dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP).
Fokus PdP sebenarnya ialah “pembelajaran murid.” Proses PdP tidak akan bermakna jika pembelajaran murid tidak tercapai.

Fungsi, peranan dan tanggungjawab guru ialah pembelajaran murid. Walaupun proses PdP berlaku tetapi pembelajaran tidak berlaku tidak ada maknanya. Pembelajaran “Aras Rendah” bermaksud murid “tahu, faham dan ingat”. Sepatutnya dalam proses PdP Aras Rendah perlu diberi perhatian yang lebih, kerana pembelajaran di tahap yang lebih tinggi bermula dari Aras Rendah. Mungkin pengabaian Aras Rendah menjadi punca tempoh masa pembelajaran 12.5 tahun hanya bersamaan 8.9 tahun mengikut kajian Bank Dunia. Ini bermakna defisit hasil pembelajaran 3.6 tahun (buang masa).

Pembelajaran murid perlu sistem pengurusan yang efesien, fungsional dan berimpak tinggi. Proses yang melibatkan perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
Pihak pengurusan di KPM, JPN, PPD dan sekolah terlibat mengurus pembelajaran (managing learning). Guru di sekolah melaksanakan proses pembelajaran.

Kompetensi, sikap dan ehsan mereka yang diamanahkan di semua peringkat tertinggi KPM hingga ke sekolah mempunyai akauntabiliti terhadap pembelajaran murid. Untuk pencapaian yang bukan hanya ubah kurikulum tetapi perlu beri perhatian tehadap keberkesanan kepimpinan instruksional terutamanya di sekolah dan PPD. Mereka ini perlu dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran kepimpinan instruksional serta diperdalami “Ilmu Ehsan” untuk membentuk sikap dan akhlak mengamalkan Nilai Murni. Bagi Muslim matlamat pendidikan hanya untuk Dunia semata-mata ( fardhu kifayah) tetapi yang penting ialah Akhirat.

Untuk mengekalkan momentum, semangat dan enthusiasm guru perlu diberi “penyegaran” melalui kursus kepakaran, Bina semangat, team building, seminar, dan sebagainya untuk meningkatkan kompetensi, semangat dan ehsan guru dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab menunaikan fungsi dan peranannya dalam proses pembelajaran.

Tak perlulah “terpaling ghairah” kononnya untuk mencapai pendidikan tahap dunia. “Pakar-Pakar Pendidikan ikutan” tanpa turun ke lapangan hanya berdasarkan “atas kertas”. Negara-negara maju dalam bidang pendidikan menjadi idola seperti Finland, Amerika Sharikat, Jepun dan sebagainya. Matlamat mereka hanya untuk kehidupan Dunia semata-mata tetapi bagi Muslim, kita perlukan keseimbangan Dunia dan Akhirat perlu ada piawaiaan tersendiri.

Pendidikan bukanlah perkara baru. Bermula sejak Nabi Allah Adam lagi diajar oleh Allah swt. Fokus perlu kepada sumber manusia yang merealisasikan pencapaian pendidikan. Kurikulum biarlah bersesuaian keperluan murid dan aspirasi negara. Kurangkan politiking pendidikan yang menjadi polemik menimbulkan kegelisahan rakyat. Kenyataan-kenyataan “sensasi” KPM yang menimbulkan kecelaruan, kesangsian dan kegelisahan rakyat tak sepatutnya berlaku.

Terima kasih

PUTRA BERSIH & BERMORAL

Oleh: Haji Mohd Nasir Othman
Pengerusi Biro Pendidikan PUTRA Malaysia
merangkap ADT PUTRA

Leave a Reply