KUALA LUMPUR, 19 Mei 2024 – Setiausaha Agung DAP, YB Anthony Loke Siew Fook mengutuk sekerang-kerasnya tindakan ugutan bunuh terhadap Naib Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seputeh, Saudari Teresa Kok semalam.

“Saya mewakili seluruh pucuk pimpinan DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ugutan membunuh terhadap Naib Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seputeh Saudari Teresa Kok semalam, kata YB Anthony Loke dalam satu kenyataan medianya.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan juga berkata, beliau sama sekali tidak boleh menerima sebarang unsur keganasan dalam masyarakat walaupun terdapat perbezaan pendapat dalam politik.

“Unsur keganasan tidak boleh diterima sama sekali dalam masyarakat kita terutamanya dalam menangani perbezaan pendapat dalam politik, katanya

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang bertindak pantas dan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan dan menangkap pihak yang cuba mengugut Yb Teresa Kok.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak polis yang bertindak pantas selepas menerima laporan polis. Saya yakin pihak polis akan menyiasat dengan terperinci dan menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam kes jenayah tersebut, ujarnya.

Seluruh pimpinan DAP bersolidariti dengan YB Teresa yang berdepan dengan ugutan ini.

Leave a Reply