KUALA LUMPUR – Bank Muamalat hari ini telah mengadakan penyerahan ‘mock cheque’ untuk bantuan pemakanan sekolah Wilayah Persekutuan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Penyerahan RM20,000 untuk bantuan itu dilakukan di Wisma YWP yang disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif YWP, Abdul Rahman Siraj bersama Ketua Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat, Zaharuddin Alias.

Turut hadir, Pengurus Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat Mohd Azim Mohd Saufi.

“Kita hadir untuk beri sumbangan untuk aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun.

“Permohonan dikemukakan itu dilihat wang ini untuk disalurkan bagi kegunaan pendidikan,” kata Zaharuddin.

Tambah Zaharuddin berkata menjadi tanggungjawab Bank Muamalat untuk membantu sama ada untuk yayasan, universiti, sekolah, badan-badan NGO dan individu yang susah seperti B40.

Beliau berkata tahun ini paling besar Bank Muamalat keluarkan zakat iaitu sebanyak RM10.5 juta.

“Untuk Wilayah Persekutuan sahaja memperuntukkan 2.5 juta.

“Harapan kami, mengharap sedikit bantuan RM20,000 dapat pihak YWP untuk laksanakan aktiviti dalam menyantuni anak-anak sekolah yang susah dan memerlukan,” katanya.

Turut sama hadir, Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan Komuniti, Komunikasi, Strategik dan IT YWP, Datin Dr Ida Harlina Ikhwan Nasir berkata YWP.

Beliau berkata YWP sangat serius dalam memberi bantuan kepada pihak yang memerlukan.