KUALA LUMPUR -Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat Pingo Sdn Bhd yang merupakan syarikat yang menyediakan platform jualan secara atas talian.

Majlis telah diadakan di Wisma YWP dan MoU ditandatangani oleh Abdul Rahman Siraj, Pengarah Eksekutif YWP dan Datuk Wira Tan Teck Chuan, Pengarah Urusan Pingo.

MoU tersebut turut disaksikan oleh Mohd Fadzil Ab Hamid, Ketua Pegawai Undang-Undang YWP dan Mohd Shaarani Yusof, Ketua Pegawai Pemasaran dan deligasi pihak Pinggo.

Melalui MoU ini, ia dapat memberikan ruang yang lebih baik dalam merangka inisiatif yang lebih besar bagi membantu golongan usahawan dan peniaga-peniaga kecil untuk membangunkan perniagaan mereka dengan program yang memberi impak positif serta memahami strategi perniagaan melalui medium jualan secara atas talian.

Antara program yang disasarkan dalam MoU ini ialah membantu peniaga-peniaga kecil membangunkan perniagaan mereka melalui Program Keusahawanan Pingo Zero Cost, Skim Kredit Pingo 70/30, Sistem Affiliate Pingo dan Tapak Perniagaan di sekitar Kuala Lumpur.

Diharap melalui MoU ini juga dapat memberikan lebih fokus dan ruang untuk mengadakan program dan aktiviti berkaitan keusahawanan yang dapat meningkatkan kepelbagaian idea demi menaiktaraf kehidupan warga Wilayah Persekutuan.

Leave a Reply