SUBANG JAYA – Sempena sambutan ulang tahun ke-31, Kumpulan Rangkaian Restoran D’Tandoor menawarkan promosi khas kepada pelanggan untuk menikmati setiap Roti Naan pada harga RM 0.31 sahaja di semua cawangannya schingga akhir bulan Jun 2024.

Promosi itu adalah cara D’Tandoor mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia.

Semalam, D’Tandoor telah menyambut sambutan ulang tahun ke-31 yang dianjurkan dengan penuh meriah di Restoran D’Tandoor, Subang Jaya.

Turut hadir dalam majlis itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh.

Majlis ini turut disertai oleh anak-anak yatim dari rumah kebajikan, menjadikannya lebih bermakna dan istimewa.

“Majlis ini merupakan satu inisiatif Kumpulan Rangkaian Restoran D’Tandoor untuk berkongsi kegembiraan dengan golongan yang memerlukan, terutamanya anak-anak yatim.

“Selain daripada memberikan sumbangan kepada komuniti, majlis ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara restoran dan pelanggannya yang setia selama tiga dekad,” kata dalam satu kenyataan.

D’Tandoor berkata objektif utama sambutan itu adalah untuk mengenang jasa baik pelanggan dan ahli korporat yang telah mendukung Restoran D’Tandoor sepanjang perjalanan selama tiga dekad.

Katanya, dalam memperingati ulang tahun itu, penghargaan tulus diberikan kepada pelanggan setia, sahabat, dan keluarga yang telah bersama sejak awal serta memperkukuhkan hubungan dengan pelanggan.

“Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada francais dan ahli korporat yang telah menyumbang kepada pembangunan dan kejayaan D’Tandoor.

“Sambutan ini juga bertujuan menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menitikberatkan kualiti dalam setiap aspek, demi mencapai matlamat menjadi salah satu restoran yang terkemuka dalam industri makanan dan minuman.

“D’Tandoor turut komited dalam mengembangkan jenama ke peringkat antarabangsa dan meluaskan empayar melalui perkhidmatan katering, eksport dan import produk sedia untuk dimasak (RTC) dan sedia untuk dimakan (RTE) hasil pengeluaran produk sendiri serta inisiatif lain,” kata kenyataan itu lagi.

Sejak dibuka 31 tahun yang lalu, D’Tandoor telah mengharungi pelbagai cabaran untuk mencipta nama sebagai pakar masakan India Utara dan Arab di Malaysia.

Restoran-restoran D’Tandoor adalah bukti kejayaan yang dicapai bersama dengan sokongan daripada pelanggan dan dedikasi kakitangan yang komited.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian Restoran D’Tandoor, Datuk Abdul Malik Abdullah berkata, sepanjang tempoh tersebut pelbagai cabaran telah dihadapi untuk tiba pada saat yang bersejarah ini.

“Saya ingin merakamkan rasa kesyukuran kepada hadirat Illahi dan penghargaan kepada pelanggan setia kami yang telah menyumbang kepada kejayaan ini. Saya juga tidak lupa kepada kakitangan saya yang memerah kudrat dalam menjayakan operasi D’Tandoor,” katanya ketika berucap dalam majlis itu.

Untuk rekod, D’Tandoor telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan sepanjang 31 tahun beroperasi, termasuk Anugerah Michelin Bib Gourmand dan MyMalaysia Tourism Awards bagi tahun 2023.

D’Tandoor terus menjadi pilihan utama bagi penggemar masakan India Utara dan Arab di Malaysia, dengan cawangan-cawangan di seluruh negara yang menawarkan pengalaman makan yang konsisten dan berkualiti.

Leave a Reply