Kuala Lumpur, 7 Jun 2024 – Kenaikan cukai perkhidmatan dari 6% kepada 8% telah
menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat.

Langkah kerajaan ini kemunkinan besar menambah beban kewangan kepada rakyat yang sudah pun tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan harian jika tidak diteliti pada masa yang sesuai.

Danial menyatakan bahawa inflasi dijangka melonjak berikutan kenaikan cukai ini.

“Peningkatan cukai perkhidmatan membawa kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan harian, yang akan menambah tekanan kepada isi rumah,” katanya.

Terutamanya dalam keadaaan dimana ekonomi sedunia tidak seimbang berikutan darpda ketegangan yang berlaku di beberapa negara pada ketika ini.

Beliau juga menambah bahawa kerajaan perlu memantau kenaikan harga pasaran hartanah dengan lebih dekat untuk mengurangkan beban kepada pengguna.

“Kenaikan harga hartanah yang tidak terkawal boleh memburukkan lagi masalah kos sara hidup dan ia boleh jadi tidak terkawal jika diberikan perhatian yang sepatutnya”, tambahnya.

Dalam pada itu, kos operasi bagi perniagaan juga akan meningkat, yang akhirnya akan ditanggung oleh pengguna.

“Perniagaan mungkin terpaksa menaikkan harga untuk menampung kos tambahan ini,” ujar Danial lagi.

Kerajaan diharap untuk menimbang semula kenaikan ini yang munkin akan memberikan kesan kepada ekonomi negara yang kemungkinan besar akan memberikan impak kepada golongan berpendapatan rendah dan serdehana.

Leave a Reply