KUALA LUMPUR – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) prihatin dalam usaha membantu warga Wilayah Persekutuan yang miskin dan kurang berkemampuan.
YWP berkata ini selari dengan usaha dan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menoktahkan kemiskinan.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim turun padang bersama-sama menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di Bangunan Giatmara Batu, Jalan Batu Muda.
3 orang warga Wilayah Persekutuan yang kurang bernasib baik ini menerima bantuan khas pada kali ini ialah:
Penerima 1 : Japri b Mohd Ghadzali, Blok 211-09-14 Flat Sentul Utama.
Pemohon bekerja sebagai pemandu dan mempunyai tanggungan 3 orang anak yang masih bersekolah.
Pada 4 April lalu rumahnya telah terlibat dengan kebakaran yang telah memusnahkan 95% kemusnahan.
Mereka kini menyewa sementara dengan kadar RM550 sebulan
Penerima 2 : Noorhaini bt Zainal Abidin, Blok 29-11-10.
Pemohon merupakan suri rumah sepenuh masa dan suaminya merupakan pemuzik jalanan. Anaknya telah terlibat dengan kemalangan motosikal semasa berada di Kolej PKM Kuantan pada 3 April lalu.
Penerima 3 : Arimah bt Muhamad Arif, No.146, Jln 3/12d, Kg Seri Batu, Jln Ipoh.
Suami pemohon terlibat dengan kemalangan motosikal pada 25 Februari yang lalu.
Kemalangan tersebut menyebabkan suaminya patah pinggang dan kaki kanan. Pemohon merupakan suri rumah sepenuh masa. Suaminya sebelum ini bekerja sebagai penghantar barang (lalamove).
Turut hadir dalam penyerahan sumbangan khas itu adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP, Rohani Hussin dan kakitangan berkaitan.
YWP berkata semoga bantuan yang disalurkan oleh YWP akan menjadi contoh dan diharapkan bantuan yang diberikan mampu mengurangkan beban kedua-dua penerima bantuan ini.
YWP mengalu-alukan sumbangan dari individu atau syarikat korporat untuk bersama-sama YWP dalam usaha meningkatkan taraf hidup warga Wilayah serta menoktahkan kemiskinan bandar.