PETALING JAYA – Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Petaling Jaya pada Ahad lalu mengusulkan supaya pemimpin daripada parti itu kembali dipilih menjadi perdana menteri selepas PRU16.
Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO, A’zlan Abu Bakar berkata usul itu dibuat pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Petaling Jaya.
“Sedarkan rakan-rakan kita tanpa rasa takut, walaupun kita dalam Kerajaan Perpaduan sudah pasti parti terbaik dalam Barisan Nasional (BN).
“Kalau Angkatan Muda Keadilan boleh usul Anwar sebagai perdana menteri bagi penggal kedua, pemuda UMNO Petaling Jaya akan usulkan supaya penggal lepas ini UMNO akan kembali menjadi perdana menteri,” katanya.
Beliau berkata perjuangan dalam UMNO bukan mudah tetapi mengajak pemuda terus bersama parti.